Assalammualaikum
Hai,,haritukan Hanum outing dengan kawan. pastukan yang outingnya 3 orang je. Hanum,,Batrsiyia dengan Nabilah. Sebelum ni selalunya kalau tak 5 pun mesti 4 orang je tapi kali ni 3 orang je. Mana tak sedey. Dapat rasa kehilangan dia haha. Kalau nak diikutkan sekarang ni jugak nak pergi outing lagi sekali tapi sekarang ni dah berapa haribulan? 19Disember Kak oii. Memang pemalas kan aku ni,,baru sekarangnya nak mengupdate blog busuk ni. Memang patutpun aku panggil blog busuk sebab dah lama aku tak cuci. Malas pulak tu rasa hahahahaha. Pastu tetiba update pasal outing. Nampak tak takde IDEA nya? hehe
Camni ceritanya,macam ni pastu macamtu lah. Hanum dah kata camni pastu jadi gitu. Haa camtu ah cerita dia. Korang tak faham eh? Takpe Hanum memang 'rajin' sangat nak cerita. Aku paksakan diri jugak. MACAMNI kitaorang dah rancang start dari November. Mula-mula semua macam hambar je malas nak bertegur siapa. Last-last ada juga hamba Allah ni memulakan perbualan menanyakan bila maunya outing? Jadi cetcotcetcotcet Memang payah nak bawak berbincang dekat Whatsapp (Memang payah bebenor wa cakap sama lu,yela bayangkan sorang tak boleh keluar,sorang lagi takde whatsapp,pastu tetiba sorang lagi pulak tak de phone nak contact). Jadi media sosial yang aku rasa sangat memberi manfaat dekat aku masatu Twitter je. Penghubung kepada masalah cehh kau.
Dah susah sangat,Nabilah ajak esoknya pergi cycling. Masatu nak akhir bulan November. Baru nak berjumpa!!!! KAu tengoklah betapa teruknya kitaorang ni nak berjumpa. Contact cotcet itu ini baru dapat deal. Tapi masalah pulak esoknya. 2 ORANG kau takboleh join. Masalah kot aku rasa. Aku taktaula perlu ke tak aku bagitau. Aib hehehehehehe. So aku sama Batrisyia sama Nabilah jugalah yang meneruskan aktiviti yang kata nak apa? Hah CYCLING kauuu. Bukan cycling pun. Jalan kaki pergi Breakfast hahahaha. Okay ah tu apa ah. Pastu masa tengah makan2 tu membincangkan hal2 sensasi lagi panas (Apahaloverni) maksud aku, meluahkan rasa terkilan dan kecewa sebab kita dah rancang2 over siap itu ini akhirnya diakhiri dengan kuang,kuang,kuang. Korang paham2 lah. Pastu tiba2 diaorang ajak gi rumah Ain tambahan, Hanum tak pernah pergi lagi rumah dia yang baru. Diulangi BARU uooollls. Haha so Hanum pun okay2 jom3. Aku lagi suka. malas nak balik sebab nanti taktau nak buat apa. Selalunya anak dara mcam aku ni kerjanya bangun lambat je. Haishh memang tak senonoh kan. Pastu nanti bangun rasa menyesal pastu janji cuba taknak buat tapi esoknya buatjugak. Hmm cakap dan berjanji je pandai. Biasalah janji manusia kan. Memang tak ditepati macam pemimpin yang tak mencapati kata rakyat. Okay2 dah politik pulak. OVER.
Almak,tengok! panjang pulak cerita aku ni ahaha. Asalnya nak cerita pendek nak share gambar outing blablabla tapi dah meleret macamni terpaksa lah aku continue to the next level heh. Pastu sambung, bila dah sampai rumah Ain, kitaorang bincang cotcetcotcetcocet blabllaaaallalalala. Mula2 niat datang nak bertanya khabar akibat tak sertai kitaorang lagipun dah lama tak jumpa. Yang lagi sorang tu Maisara,nak pergi bercuti dah jadi tak ambik berat sebab takkan nak marah pulak sebab tak dapat join. Pastu tiba2 tanya pasal hal outing. Macam mana? Nak tak outing ni? Bila? Dekat mana? Siapa hantar? Boleh ke? Mesti kena semua dapat ikut! Eh search2 tempat2 outing! Eh kita makan dekat ni nak tak? Eh kita tau tempat best! Mak kata pergi tempat niii best! Kalini ambikla tempat yang adventure pulak! Macam-macam tau tak! Habis poyo semua discussion habis-habisan haritu. Memandangkan aku pun kerja part time dekat bakery ibu aku tu so tak habis la diskusi haritu. Hamboii siap berjanji bersumpah setia untuk mecari lebih lanjut tempat yang nak outing. nanti calling2 contact2 okayhhhhhh set!!
LEPASTU ada lagi perjumpaan kedua dekat rumah Ain lagi uollss. Kalini agak hambar sikit sebab memang kita terpaksa ambik hari dimana Maisara memang tengah bercuti. Yang sakit hatinya Ain pun tak confirm. DAH LAGI HEBAT SAKIT HATI bila hari yang dah ditetapkan kitaorang berempat memang dah boleh pergi outing, AIN TAKDEEE! hehe overnya. Maaf mbak. Dia dekat kampung. Bayangkan. Bak kata Nabilah,Its now or never. Kitaorang teruskan. Sakit hati,sedih,terkilan bercampur baur menjadi satu campuran yang HEBAT! hebatttt. haha tapi okay apaaaaaa. Kitaorang relax gila masa outing tu!. Tak pernah se-slumber haritu. Kitaorang slow-slow jalan kesatu tempat ke satu tempat yang lain. Mungkin kitaorang bertiga kot tu yang senang handle.
Mula-mula sampai macam blur2 pastu kitaorang sepakat pergi beli ticket wayang dulu. Ingatke awal2 nak belanja tiket wayang2 Tengok2 harga lepas bayar RM42. hahahaha tak tercekik aku. Nasib baik tiga orang je. Tapi ingat nak redhakan je. mungkin rezeki diaorang tapi bat dengan nabilah baik hati nak bayar balik. Aku pun okay je hehehehehe. Kitaorang tengok cerita Catching Fire Hunger Games. Aku memang sepanjang tengok tu memang blur gila. tak faham tau. Sebab memang lah. Diaorang dua dah tengok no. 1 punya. Aku je yang sesat dekat situ kot :P Tapi apa2 je lah. Lepas beli tiket kitaorang pergi Makanggggg. Susah jugakla nak fikir makan apa. Ingat nak makan grand2 punya tapi lupakannn. Aku takut kena speaking bagai ataupun kena ikut gaya orang kaya pulak. Dah biasa2 tu buatla macam orang biasa2 haha. Pastu akhirnya makan dekat Station Kopitiam. Bolehla tahan makanan dia. Tak ramai orang.
Lepastu solat semua baru pergi tengok wayang. Lama jugak wayang dia. Sampai aku dah tak tahan punggung dibuatnya ditambah lagi cerita yang agak menyakitkan hati aku yang tak berapa nak mengerti. Tapi bolehla best cerita dia saat2 nak akhir. Pastu semua orang dah keluar tinggal kitaorang je,Aku dah saje je nak bergambar. Tak tau pulak orang wayang tu tunggu kitaorang nak tutup pintu memandangkan semua dah keluar. hewhew termalu pulak bila ingat balik.
Pastu dah pukul berapa dah. Pergi jalan2, pastu jalan2. Satu-satu tempat kitaorang masuk tapi barangnya tak banyak beli pun. Tapi sekadar window shopping. Bukan tak mampu tapi ntahla, blank sunggu otak aku masatu nak beli apa pun berkira-kira. Terfikir-fikir banyak kali nak beli sesuatu barang tu. Aku dahla malas nak memikir. Nak buat pilihan pun mlas. Parah lah aku ni.
Pastu Yang best part la aku rasa. Kitaorang balik lewat pukul 8.30 malam lebih camtu. Relax tahap maximum lah aku cakap. Kitaorang boleh Nak balik bila ni? entahla hmm. Tunggu solat maghribla. Okay,kita tak kisah asalkan tak lebih pukul 9. Okay boleh je. Camtu-camtu je kitaorang cakap. Macam taknak balik pun ada haha. Selain tu, kitaorang pergi Ikea balik nak beli ice cream pastu alang2 dah lapar. Beli makan malam lah terus. Beli curry puff dia yg sedap tu. Korang tau la kan. Makan satu pun dah burpp dah. Pastu masuk IPC cari tempat duduk pastu makan2. Sampailah kitaorang memikirkan sudah tiba masanya untuk pulang. Takkan nak tercongok lagi dekat situ kannnn. Dah taktau nak buat apa. Pastu kitaorang tunggu ayah bat dekat luar depan Curve south entrance ke apa ntah depan Maybank. Borak2 ingat2 balik kenangan lama. Nostalgia betul haha dengan angin malam sepoi2 dengan ditemani lampu2 pokok memang terimbau habis. Masatu mak bapak tak kisah pun. Ibu hanum call pun sebab nak tanya balik dengan siapa tapi tak marah pun suruh balik. Pastu ibu pun macam haa okay lah!. Mak nabilah pulak call bila dah nak masuk perut kereta ayah bat haha. Cantik2 je time tu. Memang nak balik pun. Tak yah nak takut. Amboii ayat aku mcm lain macam je hehe. Mak bat pun lagila, bila call baru tanya bila nak balik haha.
Hahahahahaha okaylah. Panjang berjela bercerita. Inipun aku rasa tak cukup okay lagi. kena tambah lagi ni. Tapi jari pun dah penat. Dah lama tak menaip. Jadi mcam cramp sikit jari ni ahakss. Maaf ampun kalau korang rasa macam pelik dengan gaya penulisan hanum kalini agak mereng dan tak betul. Sbab hanum lahirkan dari hati. Buat slumber habis kan. Okay lah ku sudahi dengan terimakasih sebab sudi mebaca hehehehehe peaceeee ^^V



No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)