Assalammualaikum,
Lupa nak dikhabor pasal adik aku tadi. Pia adik aku ah. Dia batch 98,calon PMR terakhir untuk Sejarah Malaysia lah katanyaaa haha. Berdebar lerr jugak bila nak menunggu resultnya. Asalnya aku relax je duduk rumah main tab (memang kerja aku). Ntah kenapa baca timeline dekat Twitter tetiba rasa panas,hottt je! Dupdapdupdap jantung aku ni.
Mula2 adik aku yang gelabah macam nak beranak tapi last2 aku lah yang menanti debaran sama tapi dalam diam actually hehe. Bukan apapun,adik aku panik tunggu kawan dia nak datang ambik lambat jadi dia takut terlepas waktu nak ambik. Saat gemilang lah maksudnya.
Pastu ntah tetiba dia dah pergi. Aku kan khusyuk dengan tab haha jadi tak sedar. Pastu bila dah perasan hilangnya dia dekat rumah,baru lah kemuncak debaran yg makin menggila. Eh apa jadi? Eh berapaaa lah dia dapat? Jangan over sangat la tolong. Eiii takbaikkan kakak macam aku ni. Sebab takut muka tercalar ego yg mencipta rekod markah peperiksaan utama yang tinggi berbanding adik2 lain. HaHa teruknya. Aku bukan nak riaklah. Astaghfirullah maaf. Cuma manusia biasa memang kekadang terlebih.
Haaa,sambung-sambung. Pastu pia pun balik. Macam mana aku tau? Dia menjerit lah masa masuk rumah. Dia jerit lebih kurang gini "YAYYYY PIA DAPAT MATH A, WOHOOO" dengan suara besar macam pondan,emm pandai2 lah imagine hikhik. Pastu Isya adik aku yg no.4 tu sibuk tanya "berapa pia?berapa pia?!" "EIIII cepatlah cakap berapaaa PIAAAAA!!!". Aku yang mula nak tanya dah ternganga bila dia dah kecoh dulu. Pulak tu,over nya macam dia tu dah ambik PMR padahal tahun depan nak UPSR je pun. Pun sangat. Bergegar jugak lah rumah dengan suara sumbang yang dilontarkan oleh mereka yang overrrhhhzzss. Haha aku yang over sebenarnya ni.
Pastu Pia dia boleh lengah-lengah masa nak jawab tu. Saje la nak buat surprise kata orang kan. Ataupun dia buat2 tak dengar. Tapi yang heran adik aku tu dah tanya mcm orang gila pun dia pun taknak jawab2 lagi. Aku ni yg dok tertunggu-tunggu memang tak boleh nak tunggu dah terus menjerit satu rumah. Emm tapi takyah nak bgitau. Malu kamii hewhewhew :> (Rasanyakorangbolehmuntahsekalang). Pastu Pia tu jawab la dengan jerit. Korang mesti pelik pasai pa kitaorang jerit2. Sebabbbbbnya ni nk bgitau yg kitaorang duk dekat atas,yg dia tu duk bawah. Jadi kena lawan suara siapa paling garau eh bukan,suara paling kuat lah kiranya.
Akhirnya Pia menjawab. "Same with Hanumm!!!!" Aku dengan Isya dah "HAAAAHHHHHHHHHH!!!??????! APADIAAA?!"
Pia jerit lagi "4A 4B!!!!!!!!! SAMA DENGAN HANUM LAH!!". Kitaorang pun OOHHH. Aku tetiba tersedar, eh? Alaaa sama pulak. Takpelah,asalkan tak lebih hahahahaha kata hati aku yg jahat. Eh tapi bangga la aku sebab adik kau takde lah ngokngek sangat sebab nampak dia usaha belajar semua. Wah bagus2. Itu pulak kata hati yang baik aku hehe. Aku rasa dua2 mcm jahat. Haha lantak mu lah. Yang penting dia dah usaha tu kira bagus sebab aku ada nampak dia usaha. Alhamdulillah. Ni Pia baca ni kembang setaman seluas padang padi dekat Kedah nun. Takpela aku puji dia sekali sekala. Bukan senang hahaha. Okaylah bai.
No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)