4/02/12

Selatan Malaysia 2


السلام عليكم


Hai,haii lagii :D
(Ni entry sambungan yg lepas yer Tuan2 dan Puan2 ^^)

Okay lepas pergi je Melaka,bertolak pulak pergi Shopping.Berdasarkan gambar di atas, korang mesti tau dekat mana Hanum pergi.Nilai dekat Negeri Sembilan tapi nak dekat Selangor :P Pergi sana pun sebab ibu nak beli barang tempahan kek dia yg hiasan2 apa benda pun hanum x tau sangat ^^ Lepas tu tengok2 barang dekat sana.Adik hanum 2 orang lelaki beli baju harimau muda warna kuning tu.Hanum asalnya nak tapi nak yang ori/tempahan punya.hihi memang cerewet pun.Nak mahal2 je :P Adik hanum yg perempuan kecik tu pulak beli beg angry bird warna hitam tu apa ntah nama dia.

Lepas tu pergi kedai jual barang nak tidur.Beli comforter,selimut dengan ibu&ayah punya set katil punya alas baru.Dekat sana kebanyakannya jual barang2 perkakas rumah ex: karpet,hantaran perkahwinan,perabot dll.Jual pun jenis borong2 and murah2.So siapa dah kahwin tu bolehla nak pergi sana,haha :P

Lepastu dah habis beli barang bertolak pulak destinasi seterusnya.Sebelum tu solat dulu dekat Petronas Tol Sg.Long.Petronas tu baru lagi (kot).Okay,pastu ada perkara yang berlaku dekat sana.Haishh hanum tertinggal telekung hanum dekat sana.Tengok! betapa cuainya.Sebab hanum ambik telekung tu dari beg hanum.Malas nak bawak masuk dlm surau.Semua org dah habis solat, tinggal hanum sorang dah la pakai selendang.Memang lah lambat.Pastu dekat surau tu pulak x der cermin terpaksa pergi toilet.Terus lupa telekung masih dekat sejadah.Haihh nak buat mcm mana, niat sedekahkan jer lah dekat surau tu.Kalau nak patah balik pun, masa tu dah dekat KL, dah jauh perjalanan.Masa hanum bagitau ibu tu, ibu marah lah hanum ni memang cuai.Semua barang hilang.Yang mahal2 semua hilang.Nak tau hanum dah hilangkan barang apa?

1.Jam tangan disney (darjah5)
2.Duit RM50 untuk bayar PIBG (darjah6)
3.Telefon bimbit (darjah6)
4.Dompet (Tingkatan 2)
5.Spek mata (Tingkatan2 -akhir tahun-)
6.Telekung (Tingkatan3)

Memang gilaa..Semua dekat atas tu harga RM100 ke atas except the dompet one dengan duit sebab dompet tu free gift yang jam disney tu.Telekung pulak dari Mekah -,- Memang sayang gilaa.Hanum rasa ada lagi barang hilang tapi x ingat.Memang cuai gila2.Tingkatan 1 x der pulak (rasanya) :P

Okay, lupakan pasal tu.Destinasi seterusnya ialan One Utama :D Buat apa pergi sana? tengok wayangg! Ini sebagai ganti x dapat pergi Zoo Melaka tu.Kitaorang tengok Bujang Telajak.Asalnya nak tengok Journey 2 tapi dah penuh.Tanya cashier tu mana okay.Dia jawab journey tu ada org cakap best,ada yg ckp bolehla TETAPI kalau Bujang Telajak dia cakap,sumpah lawak,eh bukan,memang lawak (perkataan sumpah tu mcm gengster sgat,haha)

As a result, memang lawak.Tak pernah hanum tengok wayang yang orang dalam dewan wayang gelak.Kan selalunya senyap sunyi melayan cerita kan? tapi ni lain :) Habis menonton pukul 10.30 lebih malam mcmtu.Lepas tu, pergi makan dekat Padang Kota Damansara :) Family hanum memang suka makan Padang Kota, kalau tak Gulam Mee.2 restoran tu je tempat dituju.

Lepas dah makan,Semua dah penat.Yerlah bayangkan dari pagi sampai malam asyik berjalan je.Jalaan pun jauh.Adik2 hanum smua dah letak kepala atas meja lepas makan.Ibu&ayah tengok kitaorang penat terus ayah pergi bayar then balikk.Akhirnya selamat sampai rumah! Lega rasanya ^^ Pastu hari bertukar mcm biasa.Pergi tusyen,blabla :P

Yayyy! Finally I'm done with my essay :D I mean Entry.Hanum tertangguh sikit sebab sibuk hal dunia mengejar ilmu,cehh ilmu lah sangat xP okay leganyaa dah habis >.< okay BYE! Sayonara,Annyeong,Assalammulaikum :)

26/01/12

Selatan Malaysia 1


السلام عليكم



Haii :D

Johorr, yeah Hanum pergi Johor sebab Kak Amalina nak tunang. Hanum dengan keluarga pergi Johor masa hari Sabtu malam.Sampai rumah Paklong pukul 2.30 pagi.Penat gila ah.Sampai terus tido.Esok pagi sarapan dengan keluarga BESAR, pukul 12 Tengahari pulak majlis berlangsung.


(This is Kak Amalina and her parents)

Lepastu ambik gambar semua, bila orang dah kurang baru makan.Sedap jugak nasi beriyani dia.Air pun unik.Air asam boi dengan honeydew (eh haus pulak cakap pasal ni :P) Lepastu naik atas tengok Real Steel dengan sepupu,pakcik2 semua.Actually dah tgok dah dkat cinema tapi tgok lagi sebab best lahh (gila ke tak best xP).Pastu solat jamak taakhir, kemas2 barang,salam2 semua orang pastu bertolak pergi ke destinasi seterusnya :)


Destinasi seterusnya ialah Melaka! Bertolak petang mcm pukul 5 mcm tu.Sampai tambah dengan masa nak cari hotel pukul 8 malam lebih mcmtu.Kitaorang menginap dekat Hang Tuah City Hotel yang asalnya nama Straits Meridian Hotel (cina punya tapi dah bertukar tangan kepada melayu -don't know why and yeah don't ask me why-) Dah dapat bilik yg jenis apartment punya, dah dapat barang2 yg lengkap, tanpa solat, hanum tidur sekejap dulu.Pastu ibu & ayah x abis2 suruh solat,hanum pun bangun pergi tukar baju and ambik wudhu dann solat.Yerlah hanum nak tido lama kejap pun x boleh.Mengantuk sangat sebab yerlah tau2 sendiri.

Bila dah syok dah habis solat nak tido, tiba2 ada dentuman bang,bang dekat luar.Tepat pukul 12 malam bunga api Gong Xi Fa Cai rupanya.Hanum ingat kan ada perang sebab dekat Melaka kan pernah perang,hehe tapi tu semua membongak belaka.Jadi bila dah stress gila nak tido pun x boleh last2 dah geram bercampur bengang,Hanum pun bangun nak tgok apa benda la dekat luar tu.Bila tengok je, wahh lawanyaa bunga api ni mcm nak nyanyi lagu fireworks je (haha ceh tipu2!).Bunga2 api dia besar2 gila kot.Dah la warna warni,besaar2 pulak tu.Tak pernah hanum tengok bunga api selama,sebesar,secantik masa hari raya Cina ni! seriously! Pastu ada bunga api mcm bentuk naga campur mcm bunga merah.Lawaaa.Pastu leka sangat sampai lupa nak ambik gambar.Masa nak ambik pun dah tinggal yg kecik2 punya yang kalau ambik pun x jelas sangat.So rugi besarlah hanum :P Lepas tu dapatlah hanum beradu dengan nyaman :)

Pagi esoknya, hanum solat subuh dan mcm biasa sambung tido, muehehe xD Bila dah pukul berapa ntah,adik hanum suruh kunci pintu.Tetiba je suruh kunci pintu.Bila bangun je tengok semua orang dah x der dalam bilik tu.Pergi sarapan kot.Dalam mamai2 dengar bunyi phone.Hanum malas nak angkat sebab ingatkan adik punya phone tetapi sebenarnya hanum punya ^^ Ibu yang call tanya adik dah turun ke belum pastu suruh turun dekat bawah sarapan dekat restoran hotel cari ibu dekat meja hujung.Mula2 malas tapi nanti kang x dapat sarapan kan rugi.Dengan malas hanum ambik cardigan dengan tudung,ambik kunci dan turun bawah dengan berbaju tidur.Wtvr laa asalkan ada cardigan untuk tutup sikit :P Masuk restoran, semua mcm pakai baju siang and am I the only one who wear baju tidur? Terjengah-jengah kepala hanum cari ibu semua.Dengan muka yang agak tembok, hanum jalan je mcm biasa pergi meja yg family hanum duduk.Ambik makanan dan makan mcm biasa :)

Lepastu adik2 hanum nak mandi kolam,hanum nak mandi tapi x bawak baju mandi (sebab ni last minute punya plan nak duduk hotel).Haishh tapi dapat mandi tub pun bolehla.Lepas tu pukul 2 ptg lebih mcmtu check out (asalnya check out kena pukul 12 tapi ntah :P) Ingat nak pergi zoo tapi pergi makan tengahari dulu.Masa makan tu hujan lebat pulakk.Hmm macam mana lah nak pergi Zoo kalau macam ni jadi cancel.Lepas hujan reda,ayah malas nak bawak pulak -,- sebab ayah kata percutian ni rancang x betul2 main terjah je.Jadi nak melawat rumah kawan hanum dekat Melaka pun x dapat.Hanum rasa bersalah gila sebab dah alang2 sampai ni pergi jer lah lawat Hani (my bestfriend).Tapi ayah kata jauh.Ayah pulak jenis orang yg kalau nak pergi kena sehala je and don't want belok2. Redha jer :| Ayah kata nanti kita pergi bercuti Melaka betul2.Tapi ini dah 3 kali pergi Melaka takkan nak pergi lagi tapi x perlah.

So kitaorang bergerak pulak ke destinasi seterusnya iaitu Shopping! Tapi entry lain pulak sebab kalau panjang sangat,korang tentu-tentu malas nak baca.Hanum pun malas nak baca bila bukak balik blog ni.Ok bye ;)

Hanum dah save dah entry ni tapi bila bukak balik tak der pun! hanum bengang je tapi sanggup type balik.Ni semua sebab tuisyen! eh tapi tak,tak hanum x letakkan kesalahan dekat tuisyen :P Ni semua sebab komputer ni dan blog ni tak save betul! Perkara dah lepas pun :/

21/01/12

Long time no see ^^

السلام عليكم

(Today no gambar2 aaa :D)

Haii duniaa sayaa! :D
Yeah lama tak nampak blog ni, busy kan sekolah.So Selamat Kembali ke Sekolah! haha I know,I'm a bit late to wish that.Macam mana tahun 2012 korang? everything's fine ke? Me? okayy jee.Macam biasa ahh ceh.Cuma tahun ni kelas 3 Helium.Turun satu kelas.Tak kisah pun cuma ada kisah sikit tu normal sebab nampak sangat hanum punya result menurun corot macam cencorot oh ya x der kena mengena :P

Ada geng2 dari 2 hidro turun jugak.Macam terkejut jugak sebab yang pandai2 pun ada yang turun.Pastu last2 sebenarnya cikgu salah letak kelas.Ada analisa yang tak betul.Macam mana boleh tersilap pun x tau lah.So, rombaklah kelass.Syukur alhamdulillah Hanum masih stay.X yah nak susah2 pindah.K the best part ni 3 helium semua Islam! Jadi sebelum start sesi belajar kitaorang baca doa sebab Islam kann..Berkat sikit nak belajar tapi x der 1 Malaysia dahh :/ Nvm boleh hi-hi bye-bye dengan budak sebelah (3 hidro) ^^

So overall ok laa pembelajaran dekat Smk Subest.Kelas pun riuh,banyak gelak,belajar pun okay,hanum pun tak sunyi sangat,tanggungjawab tak banyak sebab x pegang apa2 jawatan punn xD.Semuanyaa okay.Haha mcm laporan apa je.Semua nak bagitau.

Ah ya! Hanum pun dah tuition! Tahun ni kan PMR jadi tuition awal2 dah start masa awal2 start sekolah.Hanum harap sangat tuition tu berkesan dekat hanum sebab ibu dah bagi yang terbaik.Dah la mahal! tapi ibu kata itu jer lah yang ibu boleh bagi.Lain2 tanggungjawab hanum untuk dapatkannya apa yang patut.Sebak bercampur bersalah hanum dengar ibu cakap.Berat tu nak dapat 8A! Hanum rasa InsyaAllah hanum boleh buat kalau Allah kasi :) Aminn

Kay setakat ni jer ah update.Nak pergi ikut ibu tempah baju hanum what so ever la (muehehe malas nak explain :P) Kayy Assalammualaikum :)
Tahniah and selamat for chinese yang sambut hari raya mereka! Hanum balik Johor! yeayyy :D

9/12/11

Suka duka :P


السلام عليكم

-Wa x tau pasal wa letak gambar ni ^^-

Dimulakan dengan bismillah :)
Haii semuaa orgg :D

yeayy hanum post lagi,cepat cakap yeay! lalala.Esok hanum nak pergi bercuti.Kita gi Kedah jee lain laa korang kann,pergi luar negara.Tak main dalam negeri ni kan.Tak per, hanum slow2 dulu.Lepas pergi Kedah ni,lain kali ibu kata nak bawak pergi Singapore pulak.Semua dalam negeri Semenanjung hanum dah pergi.Sabah dengan Sarawak tu nanti2 lah kot.

Asalnya malam ni sepatutnya hanum bertolak pergi Kedah tapi disebabkan Muhammad (Adik) dekat tahfiz dan kebetulan esoknya hari terakhir dia di sana jadi x boleh nak ambik dia hari ni.Dia masuk nasyid untuk esok untuk majlis perpisahan.Jadi tangguhkan dulu untuk dia.Sabar jer lah --'

Jadi, doa kan keluarga hanum selamat pergi dan balik eh? Aminn. Oh yaa berkenaan ATUK Hanum yang hanum cerita post sebelum ni hmm Atuk hanum dah pun meninggal dunia :'( Nak buat macam mana, ketentuan Allah telah pun tertulis sejak azali jadi kita sebagai hamba tak boleh salahkan takdir.Hari atuk meninggal tu 3 Disember 2011. Akan hanum ingat tarikh ni sampai bila2 Insyaallah.

Apa yg membuatkan tarikh ni melekat dekat otak hanum adalah disebabkan Outing .Yaa, hari tu sepatutnya hanum pergi outing ataupun dengan kata lain bergembira dengan kawan2 hanum.Memang hanum dengan kaan2 hanum dah lama rancang untuk keluar bersama-sama pada hari tersebut sampaikan kitaorang kena tangguhkan daripada 27 November ke 3 Disember.Bayangkanlah hanum terpaksa tak dapat sertai diaorang (kawan) outing.Pagi2 hari tu lagi ibu dah suruh hanum batalkan outing tu demi atuk.Pagi2 tu ibu kata atuk dah tenat tunggu dipanggil Illahi je. Hanum mcm buntu..buntu sangat sampai hanum tanya ibu x boleh ke hanum nak outing jugak.

Pertanyaan hanum memang buat ibu marah sebab ibu ingat hanum tak kesiankan atuk.Ibu kata, "kalau Atuk dah pergi,ibu tak kira,Hanum kena balik masa tu jugak!".Suara ibu masatu dah bergetar-getar.Hanum dah rasa takut dah.Mcm mana ni? dah lama plan outing tu kalau nak tangguh memang dah x boleh dah.Jadi hanum doa dekat Allah banyak kali akhirnya hanum ambik keputusan untuk ckp dekat Nabilah yg hanum memang x boleh sertai diaorang.Pastu nak hilangkan rasa cemburu, Hanum tutup mata tido untuk hilangkan stress semua suapaya masa berlalu pantas dan hanum x perlu nak pikir sgat psal outing yg x penting tu.Nyawa orang lagi penting daripada bergembira x tentu hala dengan kwan2.

Akhirnya ibu tiba2 masuk bilik,hanum tekejut sebab ibu tiba2 masuk bilik dahla pintu tu bising bunyi dia.Ibu cakap Atuk dah pun pergi buat selama-lamanya.Hanum mcam 'Iya ke?, Inaalillahiwainnalillahiwaroji'un'.Ibu suruh kitaorang siap lepas sarapan untuk tengok arwah Atuk seabb ibu baru je mandikan atuk.Lepas ibu berlalu pergi dari bilik hanum tiba2 hanum rasa sebak.Hanum bersyukur sangat yg hanum x pergi outing tu kalau tidak hanum rasa bersalah teramat sangat mcm kebabom.Hanum menangis senyap2 supaya adik hanum x dengar (memang dia x dengar).Lepas siap semua kitaorang bertolak ke rumah Pak ngah untuk tengok atuk pada pukul 3 petang.Lambat kot sepatutnya awal tapi tulah keluarga hanum memang suka siap lambat.dah jadi amalan rasanya.

Masa masuk rumah Pak ngah, keadaan macam senyap.Ada adik2 ibu tengah baca yasin disisi atuk.Muka mereka semua muram.Hanum dapat lihat kesembapan muka diaorang mcm baru sahaja menangis.Tiba2 terlihat dengan mata hanum sendiri Seorang mayat terbujur kaku di halaman ruang tamu.Pelbagai perasaan bercampur baur.Sedih ada,takut ada,nak menjerit 'arghhh tu bukan atukk :'( ' pun ada.Macam2 lah.Ramai pakcik makcik hanum dekat situ tapi terus hanum masuk bilik sebab malu :P Lepas tu van jenazah dah sampai.Nak angkat dah Arwah atuk ke masjid untuk solat jenazah.Jadi diaorang bukak kain yg menutup muka atuk untuk sesiapa yang belum lihat arwah lagi atau nak cium muka arwah atuk untuk kali terakhir.Ibu suruh hanum,adik hanum semua cium.Mula2 hanum takut jugak sebab nak kena cium mayat.Muka pucat pulak t.Jadi macam err hanum ada keberanian ke?Hanum bermonolog sendiri dalam hati yg ini je peluang terakhir untuk cium atuk lepas tu dah x der dah! ini sahaja peluang terakhir untuk melihat wajah arwah atuk yg banyak tersimpan kenangan manis bersama waktu dahulu.

Dengan doa dan harapan dan keberanian hanum kuatkan diri jugak untuk cium dahi atuk.Hanum tutup mata, dan terus cium dahi atuk.Lepas bukak mata, ingat nak cium pipi atuk tapi hanum dah takut sangat, hehe jadi hanum tengok muka atuk beberapa saat pastu terus masuk bilik.Tiba2 rasa sebak.Menangis lah hanum senyap2 tapi x boleh senyap2 sebab ada org nampak jugak.Cik Acum yg nampak.Yang lain hanum x tau.Cik acum tepuk2 bahu hanum membuatkan hanum rasa mcm tenang.Terima Kasih Cik Acumm :D Selepas itu, hanum tengok Jenzah atuk nak diangkat masuk dalam van jenazah.Air mata hanum mencurah-curah x henti2.Sebak sangat tau tak masatu.Hanum pun x tau kenapa.Sekarang ni pun nak menangis tapi x jadi takut nanti family hanum nampak :P

Semua orang bertolak ke Masjid apa ntah hanum x ingat pulak sebab banyak termenung kot.Sesampai je kitaorang dekat sana, semua solat Asar dulu lepastu masa solat jenazah hanum x sertai sebab hanum tak ingat cara2 dia yg hanum ingat solat berdiri (memang lerr solat berdiri) dengan angkat takbir sebanyak berapa kali hanum sudah lupaa sebab jarang nak solat jenazah ni :P .Ramai yang solatkan untuk arwah atuk sebab ada para jemaah yg lain nak solatkan.Rasa mcm wahh bangganya beruntung arwah atuk :D Selepas itu kitaorang semua ikut van jenazah untuk ke tanah perkuburan di mana arwah atuk akan di soal oleh Malaikat ishh seram.

Ianya adalah pengalaman pertama Hanum melihat mayat ditanam di tanah perkuburan.Selama ni tonton dekat TV je kan? tapi ni real depan mata punya.Berdebar-debar tengok masa proses nak menanam arwah atuk takut apa2 yg terjadi.Berdoa dalam hati je yang mampu hanum lakukan masa tu.Akhirnya berhasil menanam arwah atuk dengan lancar Alhamdulillah syukur.Selepas itu ada beberapa patah perkataan disampaikan seorang imam kot sebab nampak macam imam.Beliau menceritakan berkenaan alam barzakh dan apa yang perlu arwah atuk lakukan apabila di alam barzakh supaya menjawab soalan yg dituju oleh malaikat.Takut hanum masatu.Baru hanum rasa macam insaf.Apa lah yg hanum buat selama ni dekat dunia diterima Allah ke? Rasa mcm kematian tu bila2 boleh dtg dekat kita..Eii ya Allah panjangkan umur aku :(

Semasa nak tinggalkan kubur selepas selesai semuanya hanum rasa berat nak tinggalkan.Macam mana arwah atuk dekat dalam kubur tu? Takut nyaa mesti kena soal pastu mcm2 nanti berlaku dekat bawah tu.Tapi hanum tau arwah atuk baik masa dekat dunia ni jadi hanum harap arwah atuk ok dekat alam barzakh.Aminn.

Malam tu pulak dekat rumah Pak ngah adakan tahlil untuk arwah atuk dan Tok wan.Pastu balik rumah.Malam tu takut nak tido sebab teringat arwah atuk.Huehue hanum tau hanum pengecut.Ish3 x patut,x patut.Ingatke hanum sorang je x boleh tidur sebab tu,rupa-rupanya adik hanum pun,Pia :P

Jadi, itulah cerita hanum yang setelah sekian lama nak diceritakan tapi malas nak menaip panjang2 dari 4 dis hari tu.Baru malam ni nak luahkan tehee :P

Oleh itu,ambil lah pengajaran dan iktibar sebanyak mana pun daripada apa yang hanum ceritakan di atas.Tak tau lah korang sanggup baca atau tidak entry yang panjang berjela ni ^^ Soryy for my bad grammar or spelling or what.Type nak cepat je sebab hanum dah terlewat nak tengok Maharaja lawak mega.Baju pun tak kemaskan lagi.Huahua so Assalammualaikum.Bye ;)

1/12/11

Masa dahulu bukan macam sekarang.


السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim (Aminn) :)

Lawakan tarikh hari ni? 1.12.11. Semalam pun lawa jugak tarikh dia 30.11.11.Ehh melalut.Tak der topikla nak cakap hmm :/

Pagi tadi, (memang pagi pun ni) lepas solat Subuh gajah (hehe terlewat bangun) Hanum dengar Mp3 dengar lagu nasyid.Bila dah remaja ni, jarang Hanum nak dengar lagu2 kerohanian,zikir2 atau keTuhanan.Dengar lagu K-pop je banyak -,- tapi bestla K-pop.Tak jemu pun dengar artis dia pun hensem (ecewaah gatalnyaa aq).Tapi bukan bermaksud hanum ni tak dengar langsung.Ada dengar tapi tak kerap.*Dalam hati,tetap ada taman yang menghiasi segenap ruang hati. Hiiihihihi :">

Kalau nak diikutkan,Hanum lebih suka zaman dulu dari sekarang.Zaman remaja sekarang merosakkan.Betullah orang tua-tua cakap yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah dan tak boleh dilupakan :) Zaman kanak-kanak bebas nak bermain,bergaul sebab orang pikir dia kecik lagi.Tak kisah sangat.Bila dah jadi remaja bila nak buat benda je semua serba x kena dihadapan mata orang lain.Kena jaga batas pergaulan,bermain dekat taman macam kanak2 pun nanti orang cakap terencat pulak.

Oh ya, berbalik kepada topik asal "dengar nasyid" tadi.Ntahla tak tau kenapa bila dengar nasyid teringat masa zaman kegemilangan nasyid dulu.Waktu umur hanum skolah rendah dulu lah.Ada je aktiviti yang ada macam Jalinan Sahabat Hijjaz,shooting album raya,Tahlil dekat pejabat ayah macam2 lagila.Sekarang ni dah tak der macamtu.Jarang dah.Kalau ada pun,yang terlibat cuma orang2 yang terdekat je.Tak ramai pun.Tak semeriah dulu :( Jadi, ikatan sillaturrahin tu dah macam tak erat.Kupulan nasyid sekarang pun banyak dah bubar dan ikut haluan masing2.Hanum nak macam dulu.Tapi perangai manusia berubah dalam setiap detik dan mengikut trend2 terkini kan jadi yer lah.Haihh

Hanum pun rasa diri hanum ni ntah kemana.Rasa mcam bukan Hanum je,haha.Lalai,lalai dengan apa yang melanda sekarang.Sibuk dengan internet je.Korea dan tengok gambar cikaro2 pakwe2 korea.Haha sungguh melalaikan.Dulu selalu solat berjemaah.Tapi sekarang disebabkan ayah & ibu selalu sibuk, dah tak amalkan dah.Makan pun dah tak sama2.Ibu pun semenjak bukak bakeri,dah tak sempat nak masak untuk rumah, jaga rumah betul2 jadi macam erghh what's going on with my life? tak teratur dah macam dulu.Tak bestla.Nak mcam dulu,happy je (happy ke? mungkin sebab budak2 lagi masa tu).So, liife must be go on no matter what.Itu orang selalu cakap jadi kena terima hakikatla.

Okay, tak payah sedih-sedih lagi. Hidup ni tak der pentingnya selain akhir nanti kita kembali juga kepada-Nya.Hanum cuma berharap dan berdoa untuk masa akan datang lebih cerah dari sebelum ni walaupun dulu lagi cerah tapi nak jugak akan datang lebih cerah hahaha xD (heh,not funny --')

Tujuan update entry ni pun sebab tarikh hari ni lawa hehe.Lagipun pagi tadi rasa perasaan terbuku banyak pulak dalam hati so lepaskan semuanya dekat blog! mwehehe sorry Cik Blog ^^ Inipun x luah semua lagi.Ada lagii, mana boleh bagitau.Kalau korang x paham pun isi entry ni pun x per.Hanum pun x tau nak terang mcm mana.Ikut je perasaan masa nak type :P

Oh ya lupa,lupa.Maksud hanum zaman dulu tu bukan zaman batu,paleolitik,neolitik tu semua bukan.Zaman dulu tu cuma zaman sebelum hanum kenal Myspace,Facebook,Twitter semua ni.Yang ada masatu pun Yahoo Messenger yang kini tidak popular lagi haha (cuma guna untuk benda penting je) Eiii serious bestla masa dulu! banyak kenangannn :')

Berita buruk,Ibu tadi suruh hanum panaskan makanan (ini bukan berita buruk --') Tadi, ibu suruh ayah bangun sebab ibu nak pergi hospital.Hanum terdengar yang Atuk hanum dah tenat dekat hospital :'(( Hmm Hanum doakan atuk dapat lawan sakit tu dan cepat sembuh.Hanum rindu nak dengar atuk membebel dekat hanum,berjenaka,senyum,ketawa dan suruh hanum tolong atuk.Hanum x kisah pun nak tolong atuk asalkan hanum puas hati dapat tolong atuk.Hmm janganla atuk pergi :'( dengan atuk pun banyak kenangan.Atuk je yang selalu cerita dekat hanum macam mana hanum kecik2 dulu (My tears start to falling down D'x).Haihh Ya Allah,kalau ini lah takdir atukku,kau permudahkan lah urusan dia dengan kau ya Allah.Permudahkanlah segala urusan dia.Jangan kau sakiti dia ya Allah :'( Kurangkanlah sakit dia.Hanya ini sahaja yang aku mampu selain berdoa kepada-Mu. Aminn Ya rabbal Alamin :(

Hmm dah la.X der benda lagi nak type.Nak kena buat apa yang ibu suruh.Mood ntah mana kau pergi.Tak de mood pulak selain perasaan takut menghimpit di dada.Haihh Assalammualaikum :/

28/11/11

Salam Ma'al Hijrah 1433H :D


السلام عليكم


Haiii,Hai,Haii :D

Cepatnyaaa masaa berlalu xD dah 2 minggu cuti rasa mcm x der apa yang best langsung! Sekarang ni dah masuk 2 muharram dah. Cepat,cepatnyaa.Hanum nak cutii :'( No, imean cuti dekat Terengganu ke pergi pantai atau lain2. Duduk rumah macam badak menggemukkan je nasib baik pagi2 cycling ngan kawan :) Buat kerja rumah sikit2 mcam sidai kain kemas rumah tu pun benda yg sama je. Boringgg eh,eh x boleh mengeluh boring nanti umur pendek Dx (tak boring,tak boring huahhaha)

Selain buat perkara dekat atas, tengok TV jer lah.Itupun banyak tengok Korea jee heheh :P Drama Korea,Lagu Korea, Program reality Show Korea. Ok banyaknyaa Korea -- Tapi ada lah jugak tengok Movie dekat HBO & Astro Box Offices. Anime pun ada! cerita Maid Sama. K serious best! sebab cerita dia sweet.Hero dia pun hensem.Ahaha k gatalnyaa aku --' Sekrang ni pun tengah tunggu ayah & ibu rancang cuti nak pergi mana tapi kena tunggu adik hanum yg lelaki tu balik dari Tahfiz. Dia duduk sana 2 minggu.Rajin sangat nak pergi sana sebab ada kawan2 dia memang lah. 8 orang kawan dia pergi sekali. Asalnya ibu suruh hanum pergi sekali tapi bukan hanum tak nak cumaaaaaa ada hal 3 Disember ni. ;P tapi kalau hal tu x der memang Hanum nak pergii! betul!, sebab hanum nak perbetulkan perangai hanum yg teruk ni,nak dapat pahala,nak jadi perempuan yang sejati tapi alaa tulah, Hal ni menyibuk :P

Cakap pasal hal, Hal tu sebenarnya outing dengan kawan kawan hanum.Hihi lol mesti korang ingat apa je.Takkan hanum nak cancle kan outing sebab penat rancang lagipun nanti x outing dah sebab PMR tahun depan..Woahh takutnyaa PMR :/ Tapii lagi bagus masuk tahfiz cuma x der kawan nanti aishh mcm2 problem hanum kena hadapi.

So, hanum x sabar nak outing, nak cuti, nak beli barang sekolah! Ohh yeahh man xD I'll Keep waiting :P Oh yerlahh lupa pulakk.Untuk pengetahuan korangg..Hamster adik hanum dah beranak Masa first2 tengokk anak dia..eii macam cacing laa you know.Gelii kot. Ada 8 ekor semuanya.Asalnya hamster tu ada 2 ekor.Kawan ayah hanum bagi,We call her Cik mas :) Dia dah x larat nak jaga jadi dia bagi kitaorang bela sebab ada la sebab2 tertentu.Seekor betina dan seekor lagi jantan. Betina namanya Eun Chan sempena nama heroin cerita "Coffee Prince". Jantan pulak nama dia Hamtaro.Haha watak kartun yg ada dekat kanan blog ni ^^ Sekarang ni Eun Chan and hamtaro dipisahkan sebab takut yg jantan tu mungkin akan makan anak dia.Sama je mcm kucing.Ayah kucing tu pun akan makan anak dia masa baby la kalau dah besar dia x hairan pun.Kejam kan jantan? haishh x der berkeperimanusiaan betul. Nak tengok gambar baby hamster tu? nak tak? Haha oh ok dekat bawah :)


Hehehe geli tak? haha err oh nak kenalkan gambar 2 ekor hamster tu.Belah kiri jantan and belah kanan betina :) Segala perkembangan hanum share lah nanti. (itupun kalau rajin)

Rasanyaa emm sampai sini kot cerita hanum.Maybe hanum akan rajin-rajinkan diri meng-update blog ni. Sebab yerlahh pemalas memang mcmni tau bukak komputer main Twitter,Facebook dengan Youtube. Kay Byee. Salam Ma'al Hijrah korangg! *waving hand ;)
P/s : Oh a'ah laa lupa pulak hanum, Gambar Salam awal muharram dekat atas mcm x der makna je.Haha jadi anggaplah ia sebagai ucapan yang bernilai dari hanum :D Hayati setiap ayat2 yang ada dalam gambar tu k. Anyyeong!~

11/11/11

Exam habis sudahh :)

السلام عليكم
Heyy :3

Yeyeyeyeyey..yey.Periksa dah habis dohh xD tak best pun. Menyampah dengan result -,- Result teruk.Haihh x pernah dalam hidup dapat banyak C Rasanya Form 1 tahun lepas x dpat bnyak sgat C. Dapat 1 C pun dah terkejut beruk nak nangis2. Ni apatah lagi tahun ni dah 2 kali dapat D. Science lerr nii. Hanum x paham sangat apa cikgu ajar. Kawan hanum paham pulak tu. (tak paham aku lol).

Tak tau kenapa, hanum lebih suka cikgu tahun lepas. Diaorang ajar best. lagipun kelas pulak happening memang result pun ok la :P Cewwah mcm ok sangat.

Chop! ehh lamaaakan hanum x update entry? haha sebenarnya malas lagipun fikirkan exam nak dekat (sebenarnya layan kpop x habis2 hihi).Kau orang-kau orang ni bukannya selalu baca entry hanum pun so hanum x risau pun cuma jenguk2 je blog kalau ada apa2 yg berlaku dekat blog comel ni ececece :P

Okayy dah kot rasanya cerita hanum.Tak der apa pun nak cerita,kalau ada pun malas nak type panjang2. Masih x der mood lagi disebabkan result ahhh ni :| Gembira sikit campur kecewa sikit.Kejap ada mood nak type kejap tak. So, paham-paham.X tau mcm mana nak terangkan.Kayy byee ;)



Followers