Assalamualaikum

Okay ha! sambung yang tadi. Gambar dekat atas ni laa Hanum punya family punya tema (Lol banyak 'punya' lah aku ni) Agak ah macam fairytale dan kepink-an. Gedik pun ada aku rasa. Nak tau cerita sebalik pemilihan tema baju raya tahun ni? baca seterusnya...
Pemilihan kain ni dibuat pada sebulan sebelum puasa. agak2 macam bulan 6 ke 7 pun tak ingatla. Haritu hanum baru habis sukan Tahunan dekat Kiblah. Kebetulan boleh balik tapi SEHARI je cuti PUNN. Actually hanum yang memang nak gila-gila balik.Peluang keemasan haruslah direbut kan! Ayah bagi syarat masatu. "Boleh balik tapi esok pagi pukul 7 kena siap-siap hantar balik sebab ayah ada hal mahkamah dekat Putrajaya jadi sekali harung je. 8 PAGI?!! Ya Allah 'lambatnya' kenapalah tak boleh awal lagi kan -.- Hanum Redha jee lerr. BALIK punya pasal. Sanggup jugak nak balik. Asalkan balik sebab niat nak tengok Raja Lawak kot. Ntahla,hanum pun lupa :P
Ibu pegi tanda kad outing,Hanum dah terus masuk Naza. Lantaklah, yang penting ingat nak balik je huahaha
Lepastu teruskan perjalanan. Yang pelik haritu semua pakai lawa-lawa mcm nak pergi jalan-jalan. Hmphh memey punn. Tujuan perjalanan pergi KL. Hambikk kau dengan pakaian sukan Kiblahnya,dengan selipar mcm crocs tu tapi asadi's brand,dengan tudung labuhnya ditambah pula dengan niqab. Hmm apa nak buat.Tak terfikir dek akal nak tukar dengan jubah sbb ingat balik terus. Disebabkan Hanum agak malu pakai sedemikian rupa, hanum mengenakan niqab. Niqab penyelamat lah kiranya (elak fitnah okayy) :P
Senang cakap, pergi KL bukan beli kain je tapi masuk SOGO sekali. Tau tak! SOGO. Ya Allah tak pernah seumur hidup aku pakai baju sekolah atau seselekeh mcmtu nak masuk shopping mall. Bukan nak hina laa tapi ye lahh,rasa mcm bukan diri yang sebenar nak pergi tmpat mcmtu dgn gaya pemakaian sedemikian. Tapi dalam niat biarlahh kan. Niat pakai mcmtu kerana ALLAH. Dapat lah pahala jugak. Ramai laa mata yang memandang masa dekat tmpat2 mcmtu.. Pelik mungkin.
Samapai ke malam jugaklah berjalan. Aku dah la baru balik dari habis Temasya Sukan dengan badan melekitnya. Hanya Allah sahaja yang Mengetahui betapa tak selesanya diriku ini pada waktu tu erghh. Pastu haa melalut sampai tak termasuk dek topik. Pergila Jakel. Waktu tu ibu ikut Cik Mamah je yang handle bab2 pilih kain ni sebab yang nak kahwinnya dia. Baru Hanum tau yang baju kahwin untuk tema Acik Mamah tu sekali harung dengan baju raya tahun ni. Hmm ikut je lah kan. Mula-mula tu memang tak setuju pun sebab dulu kahwin Acu takde pun mcmni. Baju asing-asing. Ibu kata taknak membazir sebab baju untuk kahwin Acu tu dah tak pakai dah (Memey tak pakai sebab baju ada cutting,Hanum tak pakai dah :P Muslimah sejati kononnya ceh) Pemilihan baju ikut citarasa Acik Mamah la masatu. Buat dress mcm gambar dekat atas. Bahagian atas,kain cotton warna coklat (memang selesa).Bahagian bawah yg pink tu kain satin. Tapi tak puas hati yang Satin tu ambik yang ringan. Bagi aku,kalau kain berat licin yg jatuh baru lawa tapi hmm takda apo laa. Okay laa tu. Cik Mamah yang tau benda2 gini semua.
Pastu nak dijadikan cerita tiba2 ayah kata ke ibu ntah kata hehe Baju tema Raya tahun ni beli laa,tak jadi guna yg dress pink tu takut tak sempat siap sebab ibu hantar dekat tailor lambat. ! minggu pertama masa waktu puasa. Kitaorang dah mcm "laa pulak dahhh.." Tengok-tengok,baju tu sempat sampai. Jadi pakai je lah baju tu. Try-try rasa mcm Flower Girl dah aku tengok. Baju Melayu lelaki cari last minute warna coklat. Nasib baik laa jumpa. Sebab first2 tu mcm tak rancang nak pakai baju tema raya apa. Yang dress tak jadi la apa laa...over sangat lah pulak. Haih mcam2 tu lah yang kelam-kabut waktu nak shopping raya.
Tulah,rasa mcm tahun ni punya Raya tak meriah langsung. Raya tu memanglah raya tapi takde rasa. Tak balik kampung ..raya dekat Subang Bestari ni je laa. Kalau nak tau, Tahun ni 1 Openhouse je aku pergi sebab itupun dapat balik rumah -.- Sadiss tak. Satu faktornya sebab ibu and ayah busyyy! yay -.-
Pastu,pastuuu Jamuan Raya dekat Kiblah YA ALLAHHHHH memang laa. Form4 jadi organizer program. Takde banyak pun aku enjoy. Mcam ASDFGHHKKL :( Dengan msalah pembahagian tugasnya. Ada yg tak buat tugas. Kucar-kacir lagi bilam Form4 ramai balik. Heyy waleyy waleeyy heyy betul. Stress gila. Bukan senang-senang je. Lepas habis program nak kena kemas2 pastu basuh pinngan mangkuk cawan dulang ntah pebenda ntah. Lenguh2 badan habis semua. Pukul 1 pagi kot tidur. Oh ya,Jamuan tu malam okay MALAM! Meriah,memang meriah tapi aku ni laa bahagisn tugas panggang ayam. HAHAHA LAWAK TAK? Aku yang sukarela. Memang pandai sangat aku ni pilih bahagian ayam. Nasib baik pakai purdah kalau tak muka aku ni berasap je dgn bau ayam -.-
Susasana dia nak dikatakan mmg best kot. Sebab ada pasang lagu raya,dedikasi ucapan,cabutan bertuah,pemilihan orang2 yang bergaya malam tu. Pastu ada disertakan dengan Mercun mcm merdeka tu Fireworks! Meriah laa kalau nak cakap :) Pakai jubah and tudung labuh/bidang 60 warna-warni. Tapi nasib malang betul yg tak balik or parent takboleh hantar baju,pakai jubah hitam biasa msa time solat heh. Aku la tu antaranya tapi rezeki haritu dapat jubah dari Warden. Dia banyak jubah so dia bagi siapa2 yang takde jubah warna untuk majlis malam tu. Pastu dah kebetulan tu dapat pulak tudung putih matching dgan jubah dari kawan. So i borrowed laa from her. Orang kata aku nampak agak woww (bergaya la maksud tu. Over pulak -.-) mlm tu tapi dapat bahagian panggang ayam haha can you guys imagine that? Nvm. Pastu blablabla.
Dah tup,tup sekarang ni dah bulan 9! Cepatnyaaaaa. Raya dah pun habis mcmtu je. Aku pun macam aaa o yeah? raya habis olready? Okay mmg best pun raya tahun nii -.- blerghhhhhhh. Kalau korang tengok tarikh bukan bulan 9, ketahuilah sekarang hanum tengah menaip pada 13/9/2013. Sambung entry haritu sebab tak sempat. hehehe
Lupa nak cerita, Hari raya kedua tu pergi IKEA (beraya dkat situ :P) pastu pergi raya dekat Segamat,KL. And you know what happened? Ada rumah terbakar! Kalau korang perasan laa kan,Raya tahun ni banyak kejadian rumah terbakar. Kebanyakan rumah2 kayu. Rumah Tok Ngah sederet je dengan rumah terbakar. Panik laa jugak waktu kejadian tu. Alhamdulillah rumah Tok Ngah tak kena tapi habis berapa rumah kena sekali sebab rumah dekat situ dibina rapat-rapat tapi tiada kematian tapi harta benda habis laa. Kesian woo. Aku tak tahula kalau aku dekat tmpat diaorang. Hanya Allah Maha Mengetahui dan ada hikmah di sebalik kejadian ini semua kan? Kita hanya merancang yang menentunya siapa? Allah jua lah hendaknya wallahua'lam.
Pastu raya ketiga tu raya rumah siapa ntah. Sampai raya Kelima je pergi beraya lepastu Haaaaaa melepek terus dekat rumah sebab ayah and ibu back to works! hmm mcm apa je -.- Tak bererti langsung laa senang cakap tahun ni punya raya. Kalau nakk tauuuuuu,asal rancangan raya tahun ni lebih dari meriah yang dijangka. Ibu kata nak Raya Johor lepastu kalau boleh tu masuk Singapore,terus beraya dekat situ. Aku dah boleh bayangkan keseronokan dia. Pastuu hmm last minute APA DAH JADIIII. Ini ke RAYA? Ya Allah saborrr je lah. Antara faktor2 mengapa raya tak jadi sebabbbb :
1. Pak Long,Pak Ngah (dari Johor) and Paksu semua datang beraya balik Puchong. Raya dekat sini sebab atuk sakit. Yang kitaorang ni taktidurr pun dekat situ sebab ramai kan.Kesimpulannya,memang sangat munasabah la sebab2 and faktor2 di atas ni kan?Lagi satu! berita malang betul. Acik Mamah tak jadi kahwin akhir tahun ni -.- Gila tak? Buat penat buat baju kahwin tema bagai, tup-tup tak jadi. Arghhhh ya Allah beri daku kesabaran. Menyirap betul. Kena tangguh dulu berapa tahun. Memang muat pun nak pakai baju pink2 ni nanti. Ya Allah Kau berilah Yang terbaik untuk Keluargaku. Aminnn Okay dah byeee :)
2. Dekat Singapore nun tu,Ramai balik kampung jadi nak beraya mcm mana? Takkan nak raya rumah dia je kan. Fikir laa logik sikit huahaha k.
3. Rasanya ni lah penyebab atas semua yang tak jadi ni kot iaitu Ibu pregnant. Baru lagi pulak tu dan beliau mabuk teruk. Tak boleh jalan sakan sangat. Jadi kena fikir kesihatan ibu. So banyak rest dekat rumah. heheeheheheheheheh baby dalam perut ibu tu kena jaga. Tak sabar nak dapat baby,adik :*
No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)