Assalammualaikum...
Cuma nak wish SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-56 !! hep hep horreyy. 56 TAHUN Malaysia aman dari peperangan. Tiada lagi perebutan hak dan tanah. Well Hanum tak tahu menahu sangat nak cakap pasal patriotik ni. Bab-bab agama je semangat sikit :P Hmm so itu je yg selebihnya nak cerita sikit past stories. BANYAK KOT Hanum tinggalkan cerita ni. Eyyy aisehman Hanum ni.2 Minggu cuti Raya buat apa ntah. Langsung taknak digodeh Blog *comel ni *sangattt.Harini yang dapat cuti 3 Harini jugaklah baru tergedik-gedik nak bukak,update entry baru. Nak post entry ni kena ada kerajinan maha tinggi dulu baru lah tergerak hati ni haha.
RAMADHAN YANG MULIA. Dah pun tinggalkan kita semua. Bagi Hanum,Ramadhan tahun ni agak berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. Sebab apa? sebab ye lah Hanum duduk asrama kan. Suasana sangatlah dapat hanum rasakan perbezaannnya. Sedih pun ada,jauh dari keluarga kan.Tak dapat nak sahur sama2 pada hari puasa YANG PERTAMA pulak tu. Gilalahhh susah nak digambarkan perasaan ni. Lagi-lagi dekat sekolah,Banat (pelajarperempuan) kena denda solat dekat luar sepanjang bulan Ramadhan tu. Luckily we have khemah dekat belakang surau and tikar. Kalau diikutkan solat atas TAR tau tak! Sahur dekat situ,Bukak puasa pun dekat situ.Solat memanglah dekat situ. Boleh bayang tak hah korang?! Lepas habis sahur and buka puasa je kena cepat2 kemas nak siap2 untuk solat. Betapa lecehnya lah. Lagi waktu2 nak cepat tu ada la nasi tumpah,air tumpah. Aiii selekeh! Nak solat pun tak khusyu'. Dok sabar je lahh -..-
Tapi yang good news nya. Setiap balik warga sekolah dibenarkan balik. Bukan WAJIB balik,tapi dibenarkan. Nak cakap Hanum ni selalu balik takde lah. Kena tengok ayah and ibu punya kelapangan masa tu. Lagi-lagi bila ayah ada show. Hmm ditambah pulak dengan kelancaran Album baru diaa haa memang padan muka Hanum la kan. Merana,menangis tak berlagu. Ada la first week puasa tu ayah dah menggerunkan aku ni sebab kata tak boleh ambik sebab ada recording ke apa ntah blabla.Last2 ayah datang jugak.Paling awal balik pula tu hahahahaha. Gila kau kalau tak balik first week puasa tu eiii :((
Actually Hanum boleh je tumpang dengan this seorang junior balik sebab rumah dia kebetulan dekat area Subang Bestari ni enn memang bertuah badan nak tumpang balik. Macam tak tau Hanum punya malu nak amat ni. Takut menyusahkan lagipun balik dengan parent sendiri lagi syiokkk. So, nak ikut cerita,ada la satu hujung minggu tu Hanum tak balik dengan alasan yang sedap didengar "Minggu ni exam,duduk rumah tak belajar". Memang boleh pakai pun sebenarnya alasan tu tapi hakikat sebenarnya dalam jiwa ni,meronta-ronta nak balik. Dan KEBETULAN jugak ayah tak boleh ambik sebab ibu and ayah pergi Terengganu hantar biskut raya. Memang hati ni menyumpah-nyumpah org tempah kuih tu.Macam tak reti nak ambik sendiri tapi takpelaa 'selalunya pelayan kena dijaga hatinya supaya pelanggan tak lari' lah sangatt. Hahaha Astaghfirullah leka jap. Menang 3 hari tu aku macam mayat hidup (Tukar kata panggilan jap:P). Bayangkan berapa ramai je stay asrama. Hampir semua balik. Rumah dekat2 enn memey lerr :P
Sepanjang Ramadhan tahun sebelum-belum ni.Hanum rasa tahun ni lah paling Hanum banyakkan amal ibadat. Bukan nak cakap apa memang nak dikatakan setiap hari kitaorang diwajibkan qiyammulail waktu hari biasa except hujung minggu sabtu ahad. Yang lain kena bangun pagi-pagi pukul 4. Lagi satu,dia ada bagi list check berapa banyak kita baca Quran. 1 Hari kita baca berapa mukasurat. So,dah dikatakan Hanum memang dah lama bercita-cita nak habiskan satu Kitab Quranuul Karim dalam satu bulan Ramadhan memang ku kerah habis-habisan la masa hanya nak bagi matlamat tu tercapai. Bangga sebab satu hari, Hanum dengan senangnya habiskan 2juzu'. Rasa nak nagis pun ada sebab selama ni hanum rasa nak habiskan 1 juzu' dalam 1 hari pun bukan kepayahnya. Duduk asrama memang banyak mengajar Hanum belajar benda baru. Alhamdulillah :') But did I managed to finish all that 30juzu' in one month? Hmm no people, nooooooooo I FAILED! Aku dah jadi orang bodoh bila dah last-last Ramadhan. Bila sampai je rumah, berapa kerat muka surat je aku baca. Gila tau gila. Susah-susah aku baca banyak dekat asrama, tiba-tiba hantu mana ntah masuk jadi malas terus. Ni tab punya pasal -.- Ditambah lagi last minute shopping kan. Hmm busy lah jawabnya. Sampai sekarang rasa terkilan gila. Ya Allah aku ni tak paandai nak jimatkan masa yang Kau beri Ya Allah. Apa guna aku ni?! :( Padahal baki 7 hari tu aku boleh sangat nak habiskan lagi 4 juzu' yang berbaki dkat rumah tapi tulah dekat rumah ada banyak hasutan. Sayangnyaaaaaaa :((
Tapi nak buat macam mana. Nasi dah menjadi bubur. Takde maknanya nak putar masa. Tapi Alhamdulillah jugak yang hanum dah Khatam Quran tu minggu ni. Sekurang-kurangnya waktu Syawal ni hehehe pun boleh~ HA! lupa nak cakap. Waktu Ramadhan ni jugaklah Hanum banyak dugaan. Dugaan menjadi KETUA DORM sementara nak tunggu Kak Pah dari jadi harian kepada warga asrama balik. Memang sepanjang tu Hanum stress gila nak mampos haaa. Bukan apa,nak manage Dorm yang dalamnya mempunyai 30 org pelajar cuba lah bayangkan. Nak pastikan dorm teratur. Budak2 buat tugasan. Pagi2 nak kejut budak2 turun bawah cepat jangan lambat. Hanya Allah yang tahu bertapa terseksanya dengan perangai sesetengah budak-budaknya yang agak kurang ajar. Dah la aku ni orangnya lembut,tak sanggup nak marah. Memey laa hancur Dorm tu :/ Ada satu haritu je aku mengamuk. Terdiam terus satu dorm wkwkwkw xD Tapi sekarang,Alhamdulillah Kak Pah telah mengambil balik jawatan tersebut dan ada terdapat sedikit tersalah fahaman antara warden sehingga menjadi kes besar! Nama aku dan penolong disebut-sebut wahahaha Popular tuu (poyo gila) ;) Pastu masa minggu last nak balik cuti Raya tu. Allah telah meberi satu nikmat yang besar buat aku. Ayah aku ambik aku satu hari lagi awal dari yang sepatutnya atas alasan hari Jumaat tu ayah memang tak boleh ambik. Aku pun apa lagi ON lampu je laa..HAHAHA Bahagia tidak terkata. Bebas dari masalah. Memang aku ni Ketua Dorm yang tidak bagus pun. Lari dari masalah. Berdosa jugak aku hmm tapi nak buat mcm mana. Aku memang tak boleh buat. Bak kata Kak Pah "Pengalaman num,Tahun depan takde dah" Hmm ye lah Kak Pahh...
Mak aihh panjang pulak cerita ni. Bab raya belum masuk lagi. Sambung entry lain pulakla. Nanti boring pulak nak membacanya. K byeeee. Jazakallahu khairan kathira sebab sudi nak baca ehehe.


No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)