Assalamualaikum

Weh,weh Semangat ni Hanum nak update Blog! Bukak komputer je, first tab Hanum bukak adalah BLOG! Haaa nampak tak kesemangatan aku nih?! huehuehue :>
Petang tadi Hanum pergi rumah Nabilah sempena perjumpaan kelab Berimag-Berimag Bersatu (BBB) Haha LOL selamba aku je bagi nama. Tapi memang group kitaorang nama Berimag tapi takderlah macam nama kelab mak Datin tu haaaa bersatu bagai.
Okay,okay! Straight to the point...Hanum datang dengan niat yang suci mulus lagi ikhlas cehh Untuk bincang pasal adalaa hal kitaorang kan. Mana boleh bagitauuu :P Sementara tunggu semua orang dtg, main-main dulu dengann anak Adik Nabilah yang baby lagi. Pastu bila dah cukup bilangan, TIBA-TIBA je diaorang kata nak bagi benda.
BENDA APA? hehhehe masatu jugak Nabilah pergi stor bawak keluar plastik lutsinar besar. Mula-mula tu hanum ingat sampah. Mungkin Nabilah nak buang sampah kan, siapa tauu. Pastu dia pergi bawak dekat kitaorang pulak. Ain kata, "Eh Hanum tak tau apa-apa eh? Gerai Kebab kita menang!". Hanum macam blurr. Hah? menang? Bila masa pulak menang?
Ain pun cerita laa gaya-gaya ratu gossip dia tu haha "Macamnii,Masatu Cikgu Zura tanya kitaorang ~
Cikgu Zura : Eh kamu semua ada bukak gerai tak masa Hari Koperasi haritu?
Ain : Ha'ah ada
Cikgu Zura : Kamu 3 orang je ke yang bukak gerai? Siapa lagi? (Masatu ada Kita,Bat dengan Nab)
Ain : *Nabilah jawab "Kitaorang semua pastu ada yang dekat rumah, mai dengan hanum semua tu"
Cikgu Zura : Hah, kalau macamtu kamu punya gerai menang
Ain : Eh betulke cikgu gerai kami menang? (Semua terpinga-pinga)
Cikgu Zura : Eh betulla, pergilaa ambik hadiah kamu tu cepat sebelum cikgu ubah fikiran. Pastu ambik gambar cepat.
Ain : *Semua tergopoh-gopoh ambik hadiah pastu keluar ambik gambar semua. Jadi kitaorang 3 orang lah ambik gambar hehe.
Jadi kamu dengan Mai je lah tiada ambik gambar haha. Itupun cikgu taktau nak pilih gerai mana yang paling cemerlang tu cikgu pilih kita tu. Kitaorang semua pun masih tak percaya yang KEBAB STATION menanggg. Lagipun! Cikgu kata ada orang cadangkan gerai kitaorang."
Hanum tercengang-cengang dengar cerita Ain ni. Ha Ha Ha HAAA? "Yerke gerai kita menang? bukan ke msatu dah umumkann? Ishh tak percaya laa". Dan akhirnya Hanum terima laa hakikat yang sebenar Kebab Station gerai kebab kitaorang menang. Haha macam tak percaya sebab kalau korang nak tau, gerai kitaorang takderlah hebat mana. Gerai2 lain pun hebat jugak tapi nak buat macam mana kann. Rezeki itu ditangan Tuhan~ Jadi, Alhamdulillah :D Bangga jugak Hanum haha. Tak sia-sia solat Hajat. Ecewwah tak payah bagitau pun takper tapi betul-betul-betul tak sangka lah wa cakap lu!
Oh Ya! Hanum tak terang lagi. Apa benda Kebab Station ni? Tiba-tiba je? Cerita tak habis, tiba2 je menang. Yes, i admit yang Hanum tak update pasal ni dekat Blog. So now, i will tell ya guyss lah okay.
Tahun 2012, ya, hari apa pun Hanum tak ingat tapi bulan hmm 6! haa pertengahan bulan. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari adakan Hari Keusahawanan. Berimag apa lagi, serbu lah tak nak lepaskan peluang. Kali ni jual Kebab berdasakan pemerhatian kitaorang mengenai jualannya yang meningkat tahun lepas. (Tahun lepas kitaorang jual campur2 so Kebab lah paling laku).
Taknak cerita panjang, Gerai tu kitaorang bukak sampai petang. Nak tengok macam mana hiasannya dan bentuknya? haa cucilah mata andaaa dan buat kesimpulan sendiri :>

> Hiasan Depan : dengan menggunakan barang2 Nabilah dan Hanum jadi ini jelah yang mampu dihiaskan. Cantik ke? haha tapi agak pelik sebab orang yang datang tak tau apaaaa lah yang kitaorang jual ni sebab dapur dia kitaorang buat dekat Belakang supaya dekat depan tak nampak mcm buruk benar rupanya.
> Bahagian depan ni, Nabilah,Batrisyia, dengan Maisara yang pandai-pandai diaorang lah nak buat cemana nak ambik tempahan (order) atau nak promosikan gerai kitaorang. Mula-mula kitaorang buat sistem nombor tapi last-last ntah kemana perginya sistem tu akibat pelanggan yang tak henti-henti datang! Haa punyalah laku hehehe *angkat-angkatkening

> Ini bahagian Belakang : Ini lahh dia dapur yang dikatakan. Semua segala tempahan yang orang buat dekat depan tadi, yang belakang ni lah yang menyiapkan tempahan pelanggan yang menempah. Hanum ambik bahagian ni dengan Ain sebab diaorang kata hanya Hanum yang tau nak masukkan daging tu dalam kebab. HOHOHO bangga rasanya. Ain ambik bahagian memasak dimana dia akan goreng dan hanum akan masukkannya dalam Kebab. Haa faham tak? Okay bagus :)

> Gambar Kenangan : Hahaha ini pulak gambar-gambar kitaorang dengan pelanggan. Kelakar lah pulak bila ambik-ambik gambar dengan pelanggan ni macam iklan "Belilah produk kami, Anda pasti berpuas hati dan nak lagi!" Hahaha okay.
> Yang gambar budak comel tu sebab dia agak popular antara group kitaorang ni. Namanya disebut-sebut sebab Mai laa yang adore sangat dengan budak tu. Comel sangatt lah katakan haha. Yang gambar nombor 2 tu sebab dia lah pelanggan terakhir kitaorang! Hahahahaha malu dia. Kesian sebab dipaksa ambik gambar. Ehhhh tak,tak paksa..sebenarnya cuma nak buat kenang kenangan jeeeewww. (Berimag tak kejam maa)

> Ni pulak gambar lepas dah berpenat lelah menghabiskan jualan (Eh ke masa rehat? Hanum tak ingatla heehe).Sebenarnya tak habis lagi kebab tu..Kitaorang peruntukkan 200 untuk pelanggan tapi nak buat macam mana yang daging dengan ayamnya dah out of stock! Jadi kiranya dah habis jual lah haha .Tapi gambar dekat atas ni takder Nabilah! sebab dia yang mengambil gambar. Tak seronok laa jadinya. Nak suruh siapa lagipun kan. Lagipun Nabilah yang volunteer kan diri.
Jadii...begitulah antara rentetan kisah2 sepanjang di gerai. Masa balik tu haa lagi gempak. Hanum dah cerita rasanya entry sebelum ni tapi tu cerita masa balik, ini sepenuhnya! Dekat depan gate sekolah, kitaorang tunggu ibu Hanum (tapi last2 jalan kaki je sebab ibu lupa,heh sedih). Kitaorang ambik banner Kebab Station yang Hanum buat tu (ehemm nak interframe jugak :PP) Belakang tu kitaorang tulis besar2 "Hai :)" Eh yerke? Aduhhaii Hanum dah lupa laa tapi lebih kurang mcm tulah perkataannya.
Setiap orang yang lalu-lalang kitaorang tunjukkan banner tu. Haha ada yang pandang tersenyum-senyum siap tunjuk gigi. Ada yang tertoleh-toleh (bahayaa woo nasib baik tak banyak kenderaan :p). Yang tak pandang dan tak kisah tu kitaorang gelarkan sombong. Sepanjang buat kerja ngokngek yang tak bermoral tu, kitaorang gelak terbahak-bahak je kerja. Orang lain yang tunggu mak bapak diaorang tu pun pandang2 senyum2. Haha selamba jee kitaorang. Tapi kenangan tu Hanum takkan lupa! Gila betul hahah

Okay,okay kembali topik asal. Hamper tu dibahagi-bahagikan kepada lima. Jadi dapatlah banyak jugak. Yang best tu sebab dapat rasa Fiber Wheat! Yang lebih2 tu kitaorang bahagikan kepada 4. Sorry mai hekhek kau tak dapat. Siapa suruh tak datang petang tadi xP Jangan marah aaaa. Halalkan tau weii :) Air gas pulak, kitaorang minum dekat rumah Nabilah. Jadi air lebih tu Nab lah simpan. Hanum tak heran pun air tu senanya :P

Lepas ni, tak dapat lah nak bergembira lagi dengan Berimag. Ye lahh Hanum kan nak pindah. Diaorang saja nak buat Hanum jeles. Diaorang kata nak bukak gerai lagi tahun depan tapi takder Hanum lah kan. Kalau Mai pun pindah, tak dapatlah diaorang jual Kebab. Sebab peneraju utamanya Mai! Mak dia yang tolong kitaorang. Tanpa Mai, kitaorang tak menang. Hehe.
Dann Fiber Wheat & Tizzi yang Hanum dapat dari hamper tu akan jadi fiber wheat & tizzi yang terakhir lah. Benda tu Hanum rasa hanya ada dekat koperasi Subest je. Tak dapatlla nak borong selalu. Kalau ada jodoh, boleh berjumpa lagi benda ni huahuahua. Suruh ibu cari dekat tempat boronglah nampaknya kalau kempunan sangat :P
Okayy..Jadi sampai sini sahajaaaa Entry Hanum yang macam panjang gila je nii heheh. Bulatkan lah mata korang tu baca betul-betul entry ni hahahah. Hanum tengok pun pening dan malas nak baca tapi kalau rajin, Hanum memang ucap tenkiuu lah dekat korang. Hah okay tak berhenti jugak Hanum ni nanti. Bye dan Assalamualaikum Hamba Allah semua :)
No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)