Halaman

Dec 27, 2012

2013

Assalammualaikum


Heyy :)

Berselerak katill hanum penuh dengan kertas2 pasal Sekolah Baru. Pening bila tengok kertas2 dekat atas ni sebab sekolah tu sekolah Agama swasta jadi banyak sikit duit nak kena guna :/ Tapi tengok macam ayah tak kisah malah gembira dan tak sabar lagi nak hantar hanum dekat sekolah baru ni. So nak tau cerita dia? Ini cerita masa hari Selasa tapi baru sekarang nak post.. Well hanum kan? biasa laa :P

Begini ceritanya, masa hari Selasa tu Ibu and Ayah ajak keluar pergi beli barang adik yang nak pergi tahfiz. Ingatkan nak beli barang dia je,rupa-rupanya pergi jenguk sekolah jugak TERMASUK sekolah hanumm yang bakal hanum duduki...

Hanum memang dah bagitau Ibu yang hanum nak masuk asrama. Lagipun, Ayah yang suruh hanum masuk supaya berdikari plus ada ilmu agama memandangkan sekolah yang hanum masuk tu sekolah Agama. Asalnya nak masuk MRSM tapi tau-tau je lah result hanum yang tak seberapa. Memang takder harapan :/

Mula-mula pergi tempat yang jual barang adik masuk tahfiz tu. Err tempat dia scary kot. Bukan maksudnya banyak penjahat, tapi sebab tempat tu macam tempat berkumpul orang-orang tabligh. Jadi semua dekat situ ramai lelaki. Tu yang scarynya. Takderla apa sangat :P

Pastu pergi Bangi dekat Dengkil. Dekat situlah sekolah Hanum. Masa perjalanan tu agak jauh jugak. Jalan pun macam nak pergi Cameron Higland. Bengkak-bengkok. Tempat pun macam dekat kampung2 mcmtu. 

Sampai je,berdebar-debar pulak nak tau bentuk sekolah sendiri. Tengok sekolah tu rupa-rupanya kecik jee. Takderlah megah dan besar seperti yang hanum bayangkan taapi hanum tak bayangkan yang lebih-lebih hehe. Sekolah diapun dekelilingi hutan tapi ntah la. Bila tengok rasa tenang je walaupun sekolah tu biasa-biasa je.

Masa masuk tu, kitaorang pergi pejabat dia, actually ayah yang masuk pejabat. Tiba-tiba ada seorang lelaki ni kenalkan seorang ustzah yang ambil bahagian temuduga. Hanum kena panggil untuk temuduga. Macam peliklah kan kenapa tiba2 je ni? Hanum baru je datang. So, terpaksalah ikut ustazah tu pergi tempat yang dikatakan.

Sampai dekat makmal (tempat yang dikatakan), Ustazah tu bagi hanum dua kertas periksa. Nipis je. Satu kertas periksa Jawi, lagi satu Bahasa Arab. Hanum masatu macam eh? EH? EHHHHHH? kenapa kena jawab niii? TIBA-TIBA JE?! Ustazah tu tanya hanum, sebelum ni sekolah apa. Hanum jawabla sekolah dekat sekolah biasa. Takder bahasa arab pun. Ustzah tu suruh jawab je. Hanum pun jawablaaa. DAN OFCOURSE la hanum jawab kertas JAWI dulu!

Jawi bagi Hanum easy peasy je cuma ada lah kalau ragu2 tu hanum hentam je :P Tapi bila time bukak kertas ARAB, Makkk AIHHH! APA NI! Hanum dah lupaa laa apa yang hanum belajar masa sekolah agama :( ACANO niii. Tapi soalan dia memang macam sekolah agama yang isi tempat kosong pun cuma ada yang tak belajar. Rasanya bahasa Arab belajar nombor sampai 100 je. Ni dia tanya nombor 200 lebih camtu. Mana lah hanum tauu >.< Nasib baik ada nombor 20 berapa ntah. Bolehlah jugak jawab. Yang lain2 tu hanum ikut firasat dan skill tembak-tembak hanum je ataupun biar tempat kosong je la senang katakan :P

Lepas dah jawab, Ustazah tu soal beberapa soalan. Mula-mula tanya macam mana nak ucap 2 KALIMAH SYAHADAH? berapa RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN serta SEBUTKAN. HAHAHA tak dijangka dek akal yang soalan begini akan ditanya. Tergagap-gagap jugak nak jawab sebab dah lama tak refresh otak ni. Yang rukun islam tu lah. Boleh pulak lupa 'berpuasa di bulan Ramadhan'. Tapi saat-saat akhir baru tiba2 teringat. NASIB BAIK! Lepastu ustzah tu suruh baca potongan ayat Al-Quran,Petikan bahasa Arab dan English.

After all everything berjalan dengan lancar. Alhamdulillah :DD Dah isi borang semua tiba-tiba Ustazah tu cakap hanum ni lulus. Terkejut waaa dibuatnya. Macam mana bahasa arab hanum yang ntah apa yang hanum jawab macam nak kirim salam maut je boleh dikatakan LULUS? HAHAHA mungkin rezeki ataupun memang takdir hanum masuk sekolah tu kot kann :)


Want to know something? Sekolah tu hanya ada 300 PELAJAR sahaja *angkatangkatkening Dah namanya sekolah tu kecikkan tulaaahhh pasal diaorang buat temuduga buat pelajar baru sebab nak hadkan kemasukan pelajar. Sekarang barulah boleh oooohhhh.

Lepastu ayah tiba2 kata nak daftar tapi lain kali sebab tak bawa duit. Yelah! Asal niat dan tujuan datang sekolah tu sebenarnya nak jenguk jeee.. Tiba-tiba je hanum dah menjadi antara salah satu pelajar baru dekat situ. Tak ke macam tiba-tiba?! dan magic hahh? Stress jugak bila fikir dan bertambah terkejut lagi bila ayah keluar dari pejabat tu dengan membawa satu envelope putih yang besar yang kandungannya terdapat informasi-informasi mengenai sekolah tu! Dan YURAN SEKALI!

Sekarang ni Hanum hanya mengira detik-detik masa yang bakal membawa hanum ke tahun 2013 di mana hanum bukan lagi pelajar Subest! Haihh bila dah daftar, tiba2 rasa kenangan semua dekat Subest datang satu persatu buat hanum rasa takder mood je but in the same time hanum memang nak masuk asrama tu. Memang tak dinafikan yang hanum memang nak pindah tapi tak sangka sekolah tu tapi okay je sekolah tu cuma tak besar lol :P

Tadi pergi rumah Ain. Ain macam tak percaya yang hanum memang betul2 nak pindah. Kawan2 hanum semua tahu yang hanum memang pindah tapi diaorang tak expect kot yang first day of school 2013 hanum memang takder dah dekat Subest! Itu yang diaorang ternganga dan macam tak percaya yang Hanum senekad ini membuat keputusan! Haaa tulah. Ingat aku bergurau ke ha ha ha okay tak lawak pun --'

So tulah. Malas nak panjangkan cerita yang memang dah cukup panjang ni. Sememangnya hanum nak je habiskan entry ni dengan banyak cerita tapi semua tu tak penting pun. Cuma cerita basi jadi tak selera nak cerita. Okayyyyyyyy Bye! Assalamualaikum :)

TAK DAPAT TENGOK TV, LAGI-LAGI MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 :'(  Oh Sad Hanum is Sad :(((((( EH tak bagitaupun yang sekolah tu sekolah asrama! Haa dah tau kan? haha okay byebye

No comments:

Post a Comment

Klu nk Choki-choki komen dulu! :)

Followers