السلام عليكم

-Wa x tau pasal wa letak gambar ni ^^-
Dimulakan dengan bismillah :)
Haii semuaa orgg :D
yeayy hanum post lagi,cepat cakap yeay! lalala.Esok hanum nak pergi bercuti.Kita gi Kedah jee lain laa korang kann,pergi luar negara.Tak main dalam negeri ni kan.Tak per, hanum slow2 dulu.Lepas pergi Kedah ni,lain kali ibu kata nak bawak pergi Singapore pulak.Semua dalam negeri Semenanjung hanum dah pergi.Sabah dengan Sarawak tu nanti2 lah kot.
Asalnya malam ni sepatutnya hanum bertolak pergi Kedah tapi disebabkan Muhammad (Adik) dekat tahfiz dan kebetulan esoknya hari terakhir dia di sana jadi x boleh nak ambik dia hari ni.Dia masuk nasyid untuk esok untuk majlis perpisahan.Jadi tangguhkan dulu untuk dia.Sabar jer lah --'
Jadi, doa kan keluarga hanum selamat pergi dan balik eh? Aminn. Oh yaa berkenaan ATUK Hanum yang hanum cerita post sebelum ni hmm Atuk hanum dah pun meninggal dunia :'( Nak buat macam mana, ketentuan Allah telah pun tertulis sejak azali jadi kita sebagai hamba tak boleh salahkan takdir.Hari atuk meninggal tu 3 Disember 2011. Akan hanum ingat tarikh ni sampai bila2 Insyaallah.
Apa yg membuatkan tarikh ni melekat dekat otak hanum adalah disebabkan Outing .Yaa, hari tu sepatutnya hanum pergi outing ataupun dengan kata lain bergembira dengan kawan2 hanum.Memang hanum dengan kaan2 hanum dah lama rancang untuk keluar bersama-sama pada hari tersebut sampaikan kitaorang kena tangguhkan daripada 27 November ke 3 Disember.Bayangkanlah hanum terpaksa tak dapat sertai diaorang (kawan) outing.Pagi2 hari tu lagi ibu dah suruh hanum batalkan outing tu demi atuk.Pagi2 tu ibu kata atuk dah tenat tunggu dipanggil Illahi je. Hanum mcm buntu..buntu sangat sampai hanum tanya ibu x boleh ke hanum nak outing jugak.
Pertanyaan hanum memang buat ibu marah sebab ibu ingat hanum tak kesiankan atuk.Ibu kata, "kalau Atuk dah pergi,ibu tak kira,Hanum kena balik masa tu jugak!".Suara ibu masatu dah bergetar-getar.Hanum dah rasa takut dah.Mcm mana ni? dah lama plan outing tu kalau nak tangguh memang dah x boleh dah.Jadi hanum doa dekat Allah banyak kali akhirnya hanum ambik keputusan untuk ckp dekat Nabilah yg hanum memang x boleh sertai diaorang.Pastu nak hilangkan rasa cemburu, Hanum tutup mata tido untuk hilangkan stress semua suapaya masa berlalu pantas dan hanum x perlu nak pikir sgat psal outing yg x penting tu.Nyawa orang lagi penting daripada bergembira x tentu hala dengan kwan2.
Akhirnya ibu tiba2 masuk bilik,hanum tekejut sebab ibu tiba2 masuk bilik dahla pintu tu bising bunyi dia.Ibu cakap Atuk dah pun pergi buat selama-lamanya.Hanum mcam 'Iya ke?, Inaalillahiwainnalillahiwaroji'un'.Ibu suruh kitaorang siap lepas sarapan untuk tengok arwah Atuk seabb ibu baru je mandikan atuk.Lepas ibu berlalu pergi dari bilik hanum tiba2 hanum rasa sebak.Hanum bersyukur sangat yg hanum x pergi outing tu kalau tidak hanum rasa bersalah teramat sangat mcm kebabom.Hanum menangis senyap2 supaya adik hanum x dengar (memang dia x dengar).Lepas siap semua kitaorang bertolak ke rumah Pak ngah untuk tengok atuk pada pukul 3 petang.Lambat kot sepatutnya awal tapi tulah keluarga hanum memang suka siap lambat.dah jadi amalan rasanya.
Masa masuk rumah Pak ngah, keadaan macam senyap.Ada adik2 ibu tengah baca yasin disisi atuk.Muka mereka semua muram.Hanum dapat lihat kesembapan muka diaorang mcm baru sahaja menangis.Tiba2 terlihat dengan mata hanum sendiri Seorang mayat terbujur kaku di halaman ruang tamu.Pelbagai perasaan bercampur baur.Sedih ada,takut ada,nak menjerit 'arghhh tu bukan atukk :'( ' pun ada.Macam2 lah.Ramai pakcik makcik hanum dekat situ tapi terus hanum masuk bilik sebab malu :P Lepas tu van jenazah dah sampai.Nak angkat dah Arwah atuk ke masjid untuk solat jenazah.Jadi diaorang bukak kain yg menutup muka atuk untuk sesiapa yang belum lihat arwah lagi atau nak cium muka arwah atuk untuk kali terakhir.Ibu suruh hanum,adik hanum semua cium.Mula2 hanum takut jugak sebab nak kena cium mayat.Muka pucat pulak t.Jadi macam err hanum ada keberanian ke?Hanum bermonolog sendiri dalam hati yg ini je peluang terakhir untuk cium atuk lepas tu dah x der dah! ini sahaja peluang terakhir untuk melihat wajah arwah atuk yg banyak tersimpan kenangan manis bersama waktu dahulu.
Dengan doa dan harapan dan keberanian hanum kuatkan diri jugak untuk cium dahi atuk.Hanum tutup mata, dan terus cium dahi atuk.Lepas bukak mata, ingat nak cium pipi atuk tapi hanum dah takut sangat, hehe jadi hanum tengok muka atuk beberapa saat pastu terus masuk bilik.Tiba2 rasa sebak.Menangis lah hanum senyap2 tapi x boleh senyap2 sebab ada org nampak jugak.Cik Acum yg nampak.Yang lain hanum x tau.Cik acum tepuk2 bahu hanum membuatkan hanum rasa mcm tenang.Terima Kasih Cik Acumm :D Selepas itu, hanum tengok Jenzah atuk nak diangkat masuk dalam van jenazah.Air mata hanum mencurah-curah x henti2.Sebak sangat tau tak masatu.Hanum pun x tau kenapa.Sekarang ni pun nak menangis tapi x jadi takut nanti family hanum nampak :P
Semua orang bertolak ke Masjid apa ntah hanum x ingat pulak sebab banyak termenung kot.Sesampai je kitaorang dekat sana, semua solat Asar dulu lepastu masa solat jenazah hanum x sertai sebab hanum tak ingat cara2 dia yg hanum ingat solat berdiri (memang lerr solat berdiri) dengan angkat takbir sebanyak berapa kali hanum sudah lupaa sebab jarang nak solat jenazah ni :P .Ramai yang solatkan untuk arwah atuk sebab ada para jemaah yg lain nak solatkan.Rasa mcm wahh bangganya beruntung arwah atuk :D Selepas itu kitaorang semua ikut van jenazah untuk ke tanah perkuburan di mana arwah atuk akan di soal oleh Malaikat ishh seram.
Ianya adalah pengalaman pertama Hanum melihat mayat ditanam di tanah perkuburan.Selama ni tonton dekat TV je kan? tapi ni real depan mata punya.Berdebar-debar tengok masa proses nak menanam arwah atuk takut apa2 yg terjadi.Berdoa dalam hati je yang mampu hanum lakukan masa tu.Akhirnya berhasil menanam arwah atuk dengan lancar Alhamdulillah syukur.Selepas itu ada beberapa patah perkataan disampaikan seorang imam kot sebab nampak macam imam.Beliau menceritakan berkenaan alam barzakh dan apa yang perlu arwah atuk lakukan apabila di alam barzakh supaya menjawab soalan yg dituju oleh malaikat.Takut hanum masatu.Baru hanum rasa macam insaf.Apa lah yg hanum buat selama ni dekat dunia diterima Allah ke? Rasa mcm kematian tu bila2 boleh dtg dekat kita..Eii ya Allah panjangkan umur aku :(
Semasa nak tinggalkan kubur selepas selesai semuanya hanum rasa berat nak tinggalkan.Macam mana arwah atuk dekat dalam kubur tu? Takut nyaa mesti kena soal pastu mcm2 nanti berlaku dekat bawah tu.Tapi hanum tau arwah atuk baik masa dekat dunia ni jadi hanum harap arwah atuk ok dekat alam barzakh.Aminn.
Malam tu pulak dekat rumah Pak ngah adakan tahlil untuk arwah atuk dan Tok wan.Pastu balik rumah.Malam tu takut nak tido sebab teringat arwah atuk.Huehue hanum tau hanum pengecut.Ish3 x patut,x patut.Ingatke hanum sorang je x boleh tidur sebab tu,rupa-rupanya adik hanum pun,Pia :P
Jadi, itulah cerita hanum yang setelah sekian lama nak diceritakan tapi malas nak menaip panjang2 dari 4 dis hari tu.Baru malam ni nak luahkan tehee :P
Oleh itu,ambil lah pengajaran dan iktibar sebanyak mana pun daripada apa yang hanum ceritakan di atas.Tak tau lah korang sanggup baca atau tidak entry yang panjang berjela ni ^^ Soryy for my bad grammar or spelling or what.Type nak cepat je sebab hanum dah terlewat nak tengok Maharaja lawak mega.Baju pun tak kemaskan lagi.Huahua so Assalammualaikum.Bye ;)
Kita pun pergi jugak :D Tapi lambat sikit sampainya :D
ReplyDelete