Halaman

Dec 1, 2011

Masa dahulu bukan macam sekarang.


السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim (Aminn) :)

Lawakan tarikh hari ni? 1.12.11. Semalam pun lawa jugak tarikh dia 30.11.11.Ehh melalut.Tak der topikla nak cakap hmm :/

Pagi tadi, (memang pagi pun ni) lepas solat Subuh gajah (hehe terlewat bangun) Hanum dengar Mp3 dengar lagu nasyid.Bila dah remaja ni, jarang Hanum nak dengar lagu2 kerohanian,zikir2 atau keTuhanan.Dengar lagu K-pop je banyak -,- tapi bestla K-pop.Tak jemu pun dengar artis dia pun hensem (ecewaah gatalnyaa aq).Tapi bukan bermaksud hanum ni tak dengar langsung.Ada dengar tapi tak kerap.*Dalam hati,tetap ada taman yang menghiasi segenap ruang hati. Hiiihihihi :">

Kalau nak diikutkan,Hanum lebih suka zaman dulu dari sekarang.Zaman remaja sekarang merosakkan.Betullah orang tua-tua cakap yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah dan tak boleh dilupakan :) Zaman kanak-kanak bebas nak bermain,bergaul sebab orang pikir dia kecik lagi.Tak kisah sangat.Bila dah jadi remaja bila nak buat benda je semua serba x kena dihadapan mata orang lain.Kena jaga batas pergaulan,bermain dekat taman macam kanak2 pun nanti orang cakap terencat pulak.

Oh ya, berbalik kepada topik asal "dengar nasyid" tadi.Ntahla tak tau kenapa bila dengar nasyid teringat masa zaman kegemilangan nasyid dulu.Waktu umur hanum skolah rendah dulu lah.Ada je aktiviti yang ada macam Jalinan Sahabat Hijjaz,shooting album raya,Tahlil dekat pejabat ayah macam2 lagila.Sekarang ni dah tak der macamtu.Jarang dah.Kalau ada pun,yang terlibat cuma orang2 yang terdekat je.Tak ramai pun.Tak semeriah dulu :( Jadi, ikatan sillaturrahin tu dah macam tak erat.Kupulan nasyid sekarang pun banyak dah bubar dan ikut haluan masing2.Hanum nak macam dulu.Tapi perangai manusia berubah dalam setiap detik dan mengikut trend2 terkini kan jadi yer lah.Haihh

Hanum pun rasa diri hanum ni ntah kemana.Rasa mcam bukan Hanum je,haha.Lalai,lalai dengan apa yang melanda sekarang.Sibuk dengan internet je.Korea dan tengok gambar cikaro2 pakwe2 korea.Haha sungguh melalaikan.Dulu selalu solat berjemaah.Tapi sekarang disebabkan ayah & ibu selalu sibuk, dah tak amalkan dah.Makan pun dah tak sama2.Ibu pun semenjak bukak bakeri,dah tak sempat nak masak untuk rumah, jaga rumah betul2 jadi macam erghh what's going on with my life? tak teratur dah macam dulu.Tak bestla.Nak mcam dulu,happy je (happy ke? mungkin sebab budak2 lagi masa tu).So, liife must be go on no matter what.Itu orang selalu cakap jadi kena terima hakikatla.

Okay, tak payah sedih-sedih lagi. Hidup ni tak der pentingnya selain akhir nanti kita kembali juga kepada-Nya.Hanum cuma berharap dan berdoa untuk masa akan datang lebih cerah dari sebelum ni walaupun dulu lagi cerah tapi nak jugak akan datang lebih cerah hahaha xD (heh,not funny --')

Tujuan update entry ni pun sebab tarikh hari ni lawa hehe.Lagipun pagi tadi rasa perasaan terbuku banyak pulak dalam hati so lepaskan semuanya dekat blog! mwehehe sorry Cik Blog ^^ Inipun x luah semua lagi.Ada lagii, mana boleh bagitau.Kalau korang x paham pun isi entry ni pun x per.Hanum pun x tau nak terang mcm mana.Ikut je perasaan masa nak type :P

Oh ya lupa,lupa.Maksud hanum zaman dulu tu bukan zaman batu,paleolitik,neolitik tu semua bukan.Zaman dulu tu cuma zaman sebelum hanum kenal Myspace,Facebook,Twitter semua ni.Yang ada masatu pun Yahoo Messenger yang kini tidak popular lagi haha (cuma guna untuk benda penting je) Eiii serious bestla masa dulu! banyak kenangannn :')

Berita buruk,Ibu tadi suruh hanum panaskan makanan (ini bukan berita buruk --') Tadi, ibu suruh ayah bangun sebab ibu nak pergi hospital.Hanum terdengar yang Atuk hanum dah tenat dekat hospital :'(( Hmm Hanum doakan atuk dapat lawan sakit tu dan cepat sembuh.Hanum rindu nak dengar atuk membebel dekat hanum,berjenaka,senyum,ketawa dan suruh hanum tolong atuk.Hanum x kisah pun nak tolong atuk asalkan hanum puas hati dapat tolong atuk.Hmm janganla atuk pergi :'( dengan atuk pun banyak kenangan.Atuk je yang selalu cerita dekat hanum macam mana hanum kecik2 dulu (My tears start to falling down D'x).Haihh Ya Allah,kalau ini lah takdir atukku,kau permudahkan lah urusan dia dengan kau ya Allah.Permudahkanlah segala urusan dia.Jangan kau sakiti dia ya Allah :'( Kurangkanlah sakit dia.Hanya ini sahaja yang aku mampu selain berdoa kepada-Mu. Aminn Ya rabbal Alamin :(

Hmm dah la.X der benda lagi nak type.Nak kena buat apa yang ibu suruh.Mood ntah mana kau pergi.Tak de mood pulak selain perasaan takut menghimpit di dada.Haihh Assalammualaikum :/

No comments:

Post a Comment

Klu nk Choki-choki komen dulu! :)

Followers