Assalamualaikum!
Seperti yang dijanjikan pada entry lepas. Harini nk cerita pasal plan nak keluar berlima bersama2 haritu. Selepas beranjak ke bulan 2. CNY kot. Ramai mahasiswa dan mahasiswi,adik2 sekolah pulang ke kampung halaman masing2. Boleh nampak dekat social media masing2 update tentang keberangkatan mereka ke tanah bumi membesar masing2. Wah nmpk meriah. Tetiba teringat zaman duk hostel. Balik kampung memang dinanti-nantikan. (Asal baku gila ayat aku ni hahahahh)
Jadi taknak lepas peluang keemasan ni. Plan nk jumpa. Mmg sebelum diaorang balik lagi. Tapi apa yg menghampakan. Bila semua dah masing2 pulang. Tetiba dia mcm mana ek. Semua mcm dengan life masing2. Mungkin luangkan masa dgan family. Ye lah lama tak balik kan. Pastu plan ntah kemana hahah. Sehinggggaaalah pada hari2 terakhir cuti mereka dah nak habis. Barulah aku berbunyi dekat group tanya 'jadi tak nak jumpa?' Pastu baru semua haa jom. Pastu bising2. Cuma seorang je yg tak berbunyi dalam group. Batrisyia. Selalunya mencelah tetiba haritu dia tak berbunyi. Last seen pun semalam lebih kuranglah. Hairan lah kan. So ada yg callkan, smpai aku pun tolong call sekali sbb tak angkat2. Hmm so conclusion nya ni mesti phone letak sepah2 atau malas nk charge ke apa. Andaian masing2 haha. Geram pun ada. Saat2 penting ni la dia menghilang 😑
Pastu dapat tahu yg Ain, hari kitaorang rancang nk keluar tu lah dia kena balik kampus awal. Sebabnya ada program. Aduh, susah betul nk jumpa ni. Akhirnya bertiga lah 😪 Aku, Mai dan Nabilah. Hmmm selalu mcmni. Mesti tak akan dapat berlima. Susah memang susahhh. Kalau dapat berlima tu memang outing paling perfect lah. Tula rindu 🙁
Jadi ia begitulah nampaknya. Apa yg lagi sadisnya pada hari itu, semua mcm serba tak kena 😷 At first okay je. Naik kereta Nab pergi Kwasa Sentral. Pastu rancang nk gi The Curve sbb Nab nak cari brg. Pastu smpai sana tak jumpa brg. Pastu siapa ek ajak cari brg dekat One Utama. Pastu nk try explore mcmana dari MRT boleh smpai OU naik bas. Teringin gak nk try so ikut je la. Masatu perut dah lapar sbb tak breakfast. Masa tgah cari makan tu, rasa mcm semua tak menarik. Sebab plan awal2 sebelum gi the curve, kitaorang nk gi citta mall je. Tempat kitaorang berlima selalu pergi sbb ada karok murah 😂. Pastu focus nk makan Mr Dakgalbi. Sebab tu dia mcm takde mood nk makan bnda lain. Nk dakgalbi je masatu haha. Tapi itu la bertiga je. Tak worth la org kata makan 3 org je.
Sesampainya di one utama, kitaorang jalan2. Window shopping. Lama betul tak masuk one utama kat bahagian ground floor old wing punya tempat. Tak sangka kat situ la ada popcorn garmet, sephora, bobbi brown and apa2 je la. Sebab selalunya dtg naik kereta, dia mcm malas nk turun groundfloor sbb parking kereta kat atas sekali. Jadi paling tak pun jalan2 dekat floor 2 and above. So, tak nmpk ada boutique2 famous kat situ. Nmpk aeon, popular. Ala bnda2 biasa kat mall lain ada hahahhah. Bcs one utama ni huge tau tak. Penat gila kaki ni kalau nk explore semua. Pernah jugak sesat. Jenuh la nk mencari. Lagi2 kalau kau lupa parking mana hahahahh paling tak boleh bla 😂
Pastu dah jalan2 tu lupa nk cari tempat makan. Masing2 perut dan macam menari tarian cak pong dah. Masa mencari tu rasa mcm nk makan seoul garden. Nk try sbb mcm best. Harga seorang Rm35 untuk student. So try lah masuk. Kecik je tempat dia. Pastu ada adegan tak best. Dia takboleh nk terima satu card student je. Mai bawak. Aku dengan Nab je yg tak bawak. So kiranya Mai dapat harga Rm35. Aku dengan Nab kena charge Rm42. Gila! Rm42 kot. Baik aku makan dekat hotel macamni. Tak masuk akal la. Pastu masatu dah nk bayar kat kaunter. Ada sikit argument between cashier tu. I really hate how he talked. The way he react tu heyy dia ingat kita miskin sangat ke atau ingat student ni emm ntahla nk cakap macam mana mcm tak mampu camtu. But really tak suka macamana dia layan. Sinis je dia bagi sbb we dont know the price kalau takde student card. Annoyying lah. Dia bagi pandangan buruk kat cawangan2 lain. Malas lah nk makan tmpat mcmni. Tapi teringin 😭 Masatu lapar tautak. Rasa nak makan je cashier tu tapi tak sedap 😑
Muka masing2 dah takde mood sebaik keluar dari kedai tu. Aku dah semangat tetiba mcm hmm nk makan apa pun tak kisah la. Asal makan. Waktu tu dah nk pkul 2 ptg kot. Bayangkan tak breakfast pastu jalan sejauh tu tapi tak dapat2 lagi tmpat makan. Ya Allah. Pastu jalan lagi cari tiba2 ternampak banner 'Yooganae'. Korean food tapi taktahu halal ke tak. Mcm menarik. So diaorang search nk tahu halal ke tak dalam masa yg sama kaki melangkah ke restoran tu. Dalam hati berdoa je mampu yg tmpat tu halal. Alhamdulillah halal. Siap tanya pelayan tu. Pastu ternampak ada pekerja Melayu. Fuh lega. Terus duduk ambik order. Dia macam Mr Dakgalbi gak cuma takde soup. Soup tu lah yg aku nak sebenarnya aduh. Nvm asal dapat makan!



Alhamdulillah kenyang 😊 Okay lah makan dekat sini. First time. Atleast dapat hilangkan kempunan nk makan Mr Dakgalbi. Tapi tetap nk jugak sebenarnya 😪 Kurang Yooganae ni cuma tak berkenan sebab takde soup huhu. Pastu kena improve pelayan dia punya skill memasak. Habis nk hangus nasi kitaorang. Pastu samyang dia pulak terlalu mcm lembut. More to rebus. Tapi tak kisah waktu tu sbb lapar. Muka mcm apa je masa tgah tunggu makanan siap. Masak depan mata pulak tu. Mmg i kennot lah. Nk berinsta berstory2 pun mcm taknak layan hahahahh
Habis makan, perut happy hati girang terus menuju ketempat ibadah. Nk tunaikan kewajipan. Pastu sambung window shopping smpai lebam. Nk dekat pkul 5 mcmtu kitaorang rehat jap kat rotiboy lepas dah jalan2 kat bahagian food court. Aku beli aunty anne je. Masatu makan2 jap. Minum. Pastu jalan lagi berhenti beli apa2 yg patut. Dapat barang Nab. Pastu dah taktahu nk buat apa terus ambik bas balik. Masa tengah tunggu bas tu, cuaca cantikkk. Feeling like we were in California gituu. Tak pernah tunggu kat luar kan sbelum ni. This time mcm excited. So selfie la bebanyak kat situ. Memang nice ah weather petang tu. Pastu masatu jugak Nab baru keluarkan fisheye dia. Hahha mmg perfect timing.

Masa nk balik tu banyak gelak2. Taktaulah borak pasal apa tapi menghargai detik2 nak balik. Lol mmg selalu mcmni eh bila dah nk balik tetiba rasa mcm bnyak nk cerita funny stuffs and gelak terbahak2 sama sama? Haha
So alhamdulillah. Okayla dapat berjumpa setelah sekian lama. Sekarang ni aku tak jumpa Ain lagi. Semua dah jumpa even bat pun sbb haritu ada keluar jugak dengan dia, Aina and nanaa. Next time eyy tolonglah berlima 🙁. Oklah sampai sini sahaja penulisan saya. Byebyeee 👋
No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)