Assalamualaikum
Hmm just a random post. It's 2.45 a.m and i cant sleep sebab baru je habiskan assignment Usul. haha YE last minute punya kerja. 2 minggu cuti tapi 2 hari sebelum start sekolah baru nk siapkan. Tu tak kira lagi kerja karangan pengajian am dengan thesis Usul ada lagi nk kena buat. Memang tak pernah nak insaf lagi nk buat kerja awal2 ni. Ulangkaji arab tak buat lagi. Mampus 3 minggu masuk sekolah first tu i'rab, tasrif fe'el kesemuanya hancoq leboq satu haprak pun aku mcm blurr gila. Dahla tak pandai arab pastu tanya terus pasal i'rab memang hmpphhh aii like so much bebeh.
Eh amende aku cakap ni en. Ok cemni actually aku dah sambung blajaq lepas dah dapat keputusan SPM cam bagus tu aku dah mereput 5 bulan hengkoo. Dahla tak kerja apa semua. Aku duduk rumah jadi suri rumah yg berjaya. Ada la elaun sikit2 ibu bagi kat aku cuti 5 bulan tu hehe. Pastu tengah menunggu UPU tu aku berjimba-jimba dulu dengan kengkawan semua nanti lepasni susah nk gather balik. Maaflah penggunaan perkataan istilah mcm teruk je. Senanya meluangkan masa bersama kawan terchenta je ihik. Pastu ada satu hari tu diaorang kata berita tawaran Form 6 dah keluar. Mula-mula tu aku tak heran langsung maksudnya buat taktau je la dengan benda tu sebab memang takde niat nak masuk langsung. Aku fikir nak masuk U and U tu je matlamat hidup masatu. Sebab dapat petunjuk la aku buat Istikharah pasal pemilihan kos dekat UPU tu. Pastu aku rasa yakin dekat kos Pengurusan Halal dekat UITM. Aku memang nak masuk UITM. Taktau la kenapa nak masuk sangat kira mcm my dream college la masatu. Dah berangan nak masuk semua pebenda. Pastu dlm masa yang sama sebelum keluar tawaran F6 tu. Result matriks pun dah keluar. Semua kawan aku dapat. Hanya Allah yang tahu betapa rasa down nya aku dan sedih sebab ingat diaorang nk mcm masuk matrik. Kalau masuk, tinggallah aku terumbang-ambing. Haha takdelah umbing mana. Cuma alah bayangkan je lah bila korang kat tmpat aku.
Pastu kawan2 aku suruh aku bukak je try tgok tawaran F6 tu kot2 lah dapat. Pastu aku mcm alaa perlu ke. Diaorang paksa aku jugak sebab kalau terima tawaran F6 tu mcm kira bakcup plan kau nk sambung blajar. Nanti tunggu2 UPU tengok2 tak dapat kang merana kau nk balajar mana takkan nk teruskan lagi kerjaya suri rumah yang berjaya tu. Kalau ada suami takpelah hakhak eii hanum apa ni astaghfirullah. Okay pastu aku pun mcm Haaaaa'ah kan kenapa la tak terfikir. Pastu aku dengan selamba dan malasnya bukak la saja2. Pastu muncul 'TAHNIAH! Anda ditawarkan dalam Tingkatan 6. Adakah anda menerima tawaran ini? Sila klik YA untuk melihat tempat anda ditawarkan atau TIDAK.' Haa lebih kurangla. Pastu aku mcm laaa nk kena pilih YA/TIDAK ke. Perlu ke camtu herghh. Pastu aku bagitau kawan aku dapat and tanyala kawan aku nk kena tekan ke. Kita taknak ambik f6. Habistu kalau taknak dtg mcmana. blabla. Siap tanya ibu lagi cemana ni nak tekan Ya ke sebab bagi aku kalau tekan tu terus jadi masuk F6 padahal tak pun ha ha buat teruk. Lepas berbincang dengan agak serious pastu akhirnya aku tekan YA sebab dia tak kata wajib pun dtg, kalau tak dtg tak semestinya dia dtg cari kita and bunuh haa takde kan takde! okk (apanimerapu). Pastu lepas tunggu download file tu selesai. Aku bukak la dengan takde minatnya. Baca2 butiran dia bagi tu ternganga and terjerit kecil bila baca nama sekolah yg aku dapat tu. WAAA! Sekolah yang hanum teringin nak masuk sebelum nii!!! waaa Ibuuu!!! Hahaha aku bgtau kawan2 aku. Diaorang semua mcm woww. Kolej Islam Sultan Alam Shah kot ya Allah.
Okay sebenarnya sekolah tu aku pernah terbukak laman web dia masa f4 ke f5. Tak ingat tapi masatu nk cari sekolah agama yg bagus2 la nk usha2. Pastu terjumpa pasal dream school aku tu. Pastu i was like 'kan best kalau dapat masuk sekolah ni tapi sekolah ni memang tgok mcm pandai arab betul, aku ni takde basic pulaktu. Dengan yg masuknya dpt PMR 8/9 A's. Memang harapanla kan. Untungnyaa~ dapat masuk hmm' . Tgok2 f6 dapat! waa tak ke gila namanya. Ni namanya rejeki dong. Tak sangka sekolah tu ada f6 ha ha. Lagipun masatu mood aku nk belajar agama lagi tau. Mcm sekolah tak puas lagi apa semua. Tapi tetap aku nk tunggu UPU jugak eventhough that was my dream school or what still aku nk tunggu for the UPU's result. Tapi dlm surat tawaran tu kata kena daftar sehari sebelum result UPU keluar. Sakit jiwa tak sakit. Gila aku dibuatnya dilema tahap teruk. Tapi ibu ayah suruh pergi daftar jugak sebab diaorang pun mcm suka je aku nk masuk sekolah tu. Sekolah berprestasi tinggi ko siapa tak suka huh tu la pemikiran manusia sekarang ni kan asal bagus je suruh ambik. Tapi ikut je la gi daftar masa haritu. Daftar and then dengar taklimat pasal sekolah tu. Memang tak disangkal lagi hebat baqhang. Banyak pertandingan antarabangsa depa rebut juara. Ish2 tergamam aku. Aku mcm 'ni ke sekolah aku nak masuk?? Biar betik mcm tak layak dengan aku yg mcm kera sumbang ni haa' Berita baik haritu depa kasi balik sebab bagi can nak check UPU esoknya. Patutnya daftar tu kena masuk asrama. Aku datang sehelai sepinggang kot ingatke daftar tu bagi nama je wahahahaha rupa-rupanya masuk asrama terus. Ramai jugak yang confirm stay. Wuishh semangat gila aku tengok. Kebanyakannya yg pakai tudung labuh semua mcm tau2 je sekolah ni cemana. Beratoq panjang kot yg nk stay. Aku mcm perghh caya laa semangat diaorang.. Wuish bila fikir balik nasib baik kasi balik kalau tak aku nak hidup guna apa kat asrama haha aishh cant imagine duh. Tapi tak sangka yg dtg tu pun ada yg dari jauh utara selatan timur dan barat hmm pikiaq camna depa nk balik. Nak taknak kena stay lah kan. Ceh aku yg rumah dekat ni dengan happynya balik sebab dapat merasai nikmat bersenang-lenang di rumah. Dia bagi masa lebih kurang 5/6 hari nk dtg sekolah tu balik siapa yg tak dapat UPU tu. Aku mula la cuak jugak kalau takdapat sebab rasa tak ready lagi. Sekolah tu hebat sangat bagi aku huhu.
Esok-esoknya tu (Uishh mcmpanjang lagi je nk taip ni) Alhamdulilllahhhh aku dapat!! Happy ilerr sebab kawan2 aku pun ramai yg dpt cuma ada 2 org tak dapat nk buat cemana takdk rezeki. Rezeki Allah kan luas. Tapi mula2 je la aku happy tetiba tengok kos aku. Hmmm ni bukan apa yang aku nak. Aku nak PENGURUSAN HALAL. But what i got is my 2nd choice which is PENGURUSAN dan PERKHIDMATAN MAKANAN (foodservicemanagement). Both of them sama but eish fikir balik lain laa. Pengurusan halal bawah fakulti pengajian islam kontemporari while my 2nd choice tu bawah fakulti perhotelan dan pelancongan. So different antara dua tu walaupun boleh ke arah yg sama. Huaa sedih kot. Tetiba rasa tawar hati terus. Lagi2 bila aku search pasal kos aku dapat tu, dalam pengajian program dia ada jadi chef jap kena pakai baju tudung masuk dalam tu. Haihh taknakk!! walaupun nmpk mcm best je tapi taknak pakai mcmtu tak selesa youknow....Tetiba rasa masa hadapan aku terus jadi gelap, Tak bermaya and kosong. I've got UITM kot my dream college also but not my dream course for sure. Haa ada slact kat situ. Kampus dia dah lawa baqhang dah tepi pantai perghh my fav place nk tenangkan diri kat Dungun,Terengganu. The best campus ever la they, people said. Tapi dalam hal duniawi dan ingin mendapat masa hadapan yg diredhai Allah. Kita kembali pada Dia. Aku buat ikstikharah for 2nd time. Between U,diploma and f6. Which one is the best. Aku rasa ada silap masa aku buat istikharah tu senanya. Hati nak U tapi mcm ragu2. Patutnya masa buat Istikharah tu hati kena kosong. Kena serah kat Allah 100% jangan ada keinginan hati. Sebab bila ada, dah jadi lain. Macam mempermainkan kuasa Allah. Dah ada yg nak tapi kita buat istikharah. Istikharah apa bila dah ada kehendak hati pada sesuatu kan? Tapi dalam bab kahwin ni taktaula cheq nak kata apa hahaha. Pastu last2 tu dah nk dekat hari tamat daftar balik f6. Dah serabut sangat akhirnya dengan lemah aku ckp kat ibu 'ibu,hanum pergi je la f6 tu..'. Plus/in addition ibu and ayah sangat BRSETUJU kalau aku ambik F6 sebab ibu ayah siap tanya sedara mara pacik makcik rakan taulan lah pasal f6 ni. Ramai yg cadangkan aku ambik f6. Antara ayat diaorang "Cakap kat Hanum tu, tahan setahun setengah je duduk asrama, jadi budak sekolah balik takpe struggle biar dapat 4 flat. Jimat pun jimat lepas tu harapan nak masuk U lebih cerah and gaji lebih demand.Lepastu ambik dgree terus takpayah ambik diploma 3 tahun lama tu". Lebih kurangla. Ibu percaya ckp diaorang sebab kebanyakan ada kelayakan U dan pandai2 semua dapat 8/9 A's. Ramai dari diaorang kata bagus masuk f6. Dah kalau diaorang ckp camtu, aku nak sangkal apa lagi? Dengan sbolehnya hati ni redha terima. Mungkin ada hikmah kot sebalik ni. Lagipun org kata, langkah kaki yang melangkah tu adalah salah-satu petunjuk dan bila duduk tempat tu banyak kebaikan berlakudari keburukan. Alhamdulillah aku tak salah pilih. Memang semua kat sana berjalan lancar je takde masalah pun. Taktau lepas naik cuti ni haha haish malasnyaa. Nak cerita kebaikan dia apa tunggula next entry ntah biila nk update haha.
So macamtu la macamana aku boleh terjebak masuk F6 yang memang aku mula-mula tak layan langsung kot. Siap pandang rendah lagi. Eish2 tak sangka kena kat batang hidung sendiri kan. Kena pakai baju uniform balik walaupun hari isnin je tapi kena pakai gak. Tapi okaylaa ada lagi setahun setengah nak manfaatkan nikmat jadi budak sekolah. Lepasni takde 2nd chance dah nk rasa. Alhamdulillah A'la kulli hal wal nikmah. Sekian la untuk kalini. Hehe banyaknya menaip dari assignment tadi hmm ok babai! :)
No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)