Assalamualaikum :)
Hai orang.
Yeah sebulan dah and im here to post entry. Bagusnya perangai i haha. Actually everytime nak post something en, i was like ntah laa otak beku. 'Aduhh nak post apa ek, hmm tu dulu ah. Eh tapi yg tu penting lagi kot tapi semalam benda best la cerita dulu and then baru cerita pasal tu' And went on blablabla sampai akhirnya nothing. Terus aku off komputer and sambung online dkat phone. Just like that. Im cool liddat.
Just sekarang aku nk cerita yg hari-hari yg mendatang sepanjang SPM ni boring. Bukan boring sngat, i mean takde pengisian jiwa rohani,fizikal dan mental. Apa yg aku buat benda sama je. Bangun pagi,tgok tv,online,kemas rumah,baca novel,online,solat (5x),baca Al-Quran,pastu online...online...online. Itu je kerja aku duhhh. Like whatt.Serious tak produktif dan menjamin masa hadapan negara langsung. Bukan tak pergi mana-mana. Ada je. Tapi itupun untuk beberapa hari and then my daily routine mcm biasa -.-
Oh lupa nak cakap,Cik Mamah dah selamat melayari zaman suami isteri haritu. Berapa haribulan ntah. Tapi early disember haritu. Alhamdulillah to know that akhirnya dia jumpa jodoh dia. Mcm2 berlaku kot,sebelum ni mmg ada rancang nk kahwin. Patutnya dia kahwin awal lagi tapi sebab apa ntah dia putus dgn bekas bf dia tu. Macam2 jadi masa dia nk cari jodoh tapi Alhamdulillah akhirnya dah jumpa penamat zaman bujang dia hihik.
Bukan lawa mana pun aku ambik. Main pakai taraam je hahaha dah Cik mamah nak sangat aku jadi photographer. Terpaksa okay -.- Tapi takpe la. Aku buat tu nk dpt pahala. Nanti kahwin aku takde siapa pulak nk tolong hahaha. Tu orang tua2 selalu cakap. Kita tolong harini kelak dapat ganjaran yg setimpal malah mungkin lebih dari tu. Mana tau kann. Kuasa Allah :) Perkahwinan tu Cik Mamah memang buat simple2 je. Dia ikut syariat Islam lebih kurang camtu lah. Taknak terlalu grand. Hmm takpela,kehendak dia.
Sebenarnya masa mula2 tu hidup aku tak bosan. Ada je benda kena buat. Sibuk dengan wedding laa blabla. Pack jugak la hari2 aku. Lagipun dalam tengah mengambil masa nk luangkan dengan rumah terchentaa. Macam- macam berlaku jugaklah masa aku takde. Kena teliti betul2 sebab mana tau ada aku miss ke apa. Haha actually 2 bulan je kot tak balik. Hmm saje buat kecoh en. Tapi tetap aku nak lepaskan rindu yg dah besarang-sarang mcm2 serangga ni hihik.
Okay apa ntah nk cakap tadi. Hmm so sekarang menunggu nak ambik result lah kot. Okay cakap pasal result, aku memang tawakkal dan redha je laa apa2 pun nanti. Aku taktau berapa yang aku akan dpt but still before this aku dah cuba sedaya upaya aku walaupun permulaan paper dengan pengakhiran dia memang MACAM HAPAAAA je kan. Tapi aku redha. Sebab tu hasil apa yg aku usaha selama ni. Tapi aku harap sangat ia sesuatu yg mengkagumkan buat kedua ibu bapa aku. Diaorang segala-galanya buat aku. Lagipun aku nk tunjuk yg aku boleh. Bukan tak boleh. Nak tebus PMR aku yg dulu tak seberapa. Cukup2 makan je result dulu. Idk why but tchr Ani said that semua yg berlaku ni ada hikmah. Lagipun teacher memang percaya yg sebenarnya aku boleh dapat lebih daritu.
Kalau nk fikir balik, mmg hikmah Allah sangat indah. Kalau aku dapat elok,aku mesti taknak sekolah biasa2. Confirm aku nk sekolah MRSM,SBP yg kiranya hebat2 je lah. Kalau tak pun, mungkin aku akan stay dekat sekolah lama aku tu. Dan tak akan terjamin yang jiwa dan rohani aku akan terdidik dengan cahaya Ad-Din yg sempurna mcm apa yg aku dah dpat sekarang. It's not like my ilmu agama is perfect enough. No. Sebenarnya hikmah aku dapat sekolah agama swasta yg taraf akademik dia org tak pandang pun telah merubahkan aku daripada terperuk dalam dunia sendiri ke arah dunia luar. Apa yang telah terjadi pada dunia Islam di luar sana. Dan aku di sini selama ini telah di makan dengan tipu daya muslihat dunia dan teknologi yang tak pernah kenal erti penat lelah menyesatkan dan menghancur belahkan pihak sesama kita orang Islam. Allahu. Memang niikmat yang indah cukup dapat aku rasakan. Sangatt indah :') Aku perlahan-perlahan kenal erti konsep agama. Agama Islam yang aku pegang dan bawa kehulu kehilir. Nama sahaja kita Islam tapi pengahayatan kita terhadapnya adakah cukup? Adakah kau rasa amalmu itu sudah sempurna untuk kau berjumpa-Nya di akhirat nanti? tak.Tak cukup. Kita masih di peringkat bawah dan masih jahil. Tapi nikmat Allah melimpah-ruah. Sangat bnyak tanpa berkira. Tapi apa yg kita balas? Ya Allah. Terukkan kita ni?
Memang hidayah itu milik Allah. Dia berhak nak bagi dekat siapa sahaja. Tapi tanpa berusaha,tak semudah tu kita semua nak dapat. Hidayah Allah tu sangat mahal buat hambanya yang terpilih sahaja. Tapi aku sedar atas selama yg aku buat...dan tanggapan aku pada benda remeh temeh yg melibatkan aurat dan agama sendiri. Malu gila aku rasa haha. Tapi Alhamdulillah. Aku tak kekok dah sekarang kalau nk pakai tudung labuh,pakai stoking,pakai sarung lengan. Itu semua dah terbiasa dekat sekolah agama. Tapi mujur aku berjumpa sekolah Kiblah dulu baru SMA Darussadah. Sebab penghayatan agama dia lebih mantap pada sekolah kiblah. Sma ni lebih kepada smk tapi ambil matapelajaran agama dan ada penekanan pada peraturan yg berlandaskan syariat. Dua2 sama je. Tapi bergantung kepada pelajar sebenarnya. Jangan salah faham hehe.
Lepasni kemana lah langkah kaki ku ini akan ku bawa. Harap2 semuanya okay dan indah2 je. Aku taknak salah pilih nanti takut merana. Memang Allah ada perancanganNya tersendiri tapi kuasa doa tu kan dah di sebut. Usaha pun perlu jugak. Takkan semua nak harap dan serah bulat2 dekat Allah ye dak? Ish takut lah haha. Takut apa yg diharapkan bukan mcm apa yg kita impikan. Okay,okay husnuzonn. Okay maaf,macam berleter panjang sangat pulak dekat atas tu. Nasihat untuk diri sebenarnya. Cuti ni mcm kosong je rasa hidup. Mungkin rindu dekat UF jugak lah kot. Selama ni diaorang yg menceriakan hari-hari aku. Dengan kawan2 kat asrama. tetiba bila balik kl kan ntah mcm takde kawan. Rasa mcm diaorang semua dah hilang. Tak dapat digapai. Haha sedih baq hangg. Kawan2 kat sini pun mcm muncul tak muncul. Sibuk dengan hal masing2. Ni lagi lah lepas ni budak2 dah start sekolah. Aku? jadi jaga kat rumah. Boringnyaaaaa :'(( Kawan2 aku kat sana takpe, diaorang ambik STAM. Aku bukan taknak ambik oh. Penguasaan bahaasa Arab aku hancur lagi. Gila nak ambik periksa semua dlm bahasa arab. Mau nganga nanti. Buat malu den je. So tak payah. Aku kuburkan hasrat tu dan ikut kata parent.Diaorang galakkkan aku jadi akauntan. Dah aku punya cita2 dulu nak jadi arkitek pun ntah apa2. Tak jadi sebab ntah serabut terambik aliran salah lagipun risiko dan mcm menyusahkan je. So better dengar ckp family en. Sejuk perut aku eh? eerrrr okay.
So now what? i think smpai sini je kot. Mak aihh aku agak dah panjang berjela aku type nnti. Susah kalau malam2 macamni en. Banyak sangat buah fikiran. Fikiran melalut-lalut. So better ada dari takde langsung aku nk ckp kan. Nanti sambung lain. heehe bye fellass. Thanks for reading! :*
No comments:
Post a Comment
Klu nk Choki-choki komen dulu! :)