Halaman

Dec 25, 2013

Favourites

Assalamualaikum

Dapnyadapnyaaa *lelehairliuq

Hoiiii! Haritukan aku rasa macam nak gila sebab kepingin itu,kepingin ini. Macam-macam aku teringin sampai dah tak tertahan hahahaha. Dah duduk rumah je kan. Most of all aku teringin makanan lah bukan GADGET. Yelah sekarang ni demam melanda-landa dekat dunia pasal smartphone, tab,mini tab, i-pad, i-pod petpitputpuh Apa-apa la. Fening kepala aku ni sampai dah tak terikut dengan perkembangan teknologi yang bagi aku agak melampau je. Baru this brand keluar produk baru diaorang, Haaaa tudia ada yang lagi canggih HAMIKKAU. Annoyying gila. Kalau aku yang jenis ikut trend terkini kalau nak jadi yang terkini je memang pokai tahap gila la kan. Tapi barang2 teknologi aku pakai ni pun atas belas ehsan ayah huahahaha cakap je lebih -.- Tapi senanya itupun dah la ayah, cukupla, stop all this membazirness. I cant stand to see all this nonsense. kesianla dekat orang yang tak mampu dekat luar negara sana. Nak pegang handphone sendiri apatah lagi. Makanan pun susah dapat. Allahu peliharalah mereka :'(

ChocolateHazelnut!!!! Akusukagilak xD

Back to the point, Aku memang kalau dah datang penyakit teringin itu,teringin ini. Aku akan cepat2 kembali kepada fitrah (Ceh). Aku akan bukak WeHeartit. Korang search las dekat google website tu tapi memang aku suka cuci2 mata, tengok gambar2 yang meletup-letup. lawa-lawa gambar dia wa cakap lu sebab maybe org MAK Saleh punya kan. Gambar pun lawa-lawa je. Cuba back to Malaysia ni haa, gambar apa pun aku tak faham. Blurr,kenyit2 mata, bolat2 mata je yang banyak. Geli-geleman aku menengoknya haha. So,dekat situla aku bukak atau sebetulnya search something yg aku kepingin sangat tu la. So berlambak-lambak gambar ada untuk aku heart,like,love,muahhh dekat situ.. Bila dah teralik tu, dengan sendiri nafsu nak tu jadi surut sikit tapi kadang2 buat tertekan ada lah jugak sebab lagi buat aku teringin nak benda tu. Gambar dia yg lawa tu menunjukkan ciri2 gambar tu nampak lagi jelas sampai aku nak pengsan hahaha. SEDAP gilaa. Makanan-makanan diaorang dah la varieties. Dessertnya yg banyak. Lazis bangett..Emmm

Haa nak cakap pasal Aiksrim. Dulu kalau pergi mana-mana kalau nampak Mcd selalu la jugak beli eskemnya. Dan ofcourse Vanilla sundae cone yg menjadi pilihan. Aku suka gila sampai termimpi-mimpi sampai sekarang. Walaupun adik aku suka Mcflurry Oreo tapi aku kira apa. Sekadar rasa-rasa gitu tak heran pung. Tapi kalau sundae cone ni kalau adik aku tak habis, aku yg tukang nak habiskan. Kalau boleh mula2 tu aku dah cakap "Kalau tak habis bagi hanum tauuuuuu. Hanum dah cop dulu hehe". Hahaha. Tapii masa dahulu bukanlah seperti sekarang. Hanum sekluarga dah BOIKOT itu Mcdonald. Yahudi punya katanya. Tapi memang betul pun saudara. Itulah sejak yang Palestin kena teruk haritu memang sebolehnya barang diaorang kitaorang boikot habis-habisan sampai dah perasaan teringin-teringin tu cuba taknak dilayan. Ibu kata "Ishh buat apa, kita beli sedap-sedap, yang sana tu merana sebab kita tolong diaorang.bantu buat senjata pergi bom dekat sana tu. Kesian diaorang tu. Kita bukan nak fikir perasaan diaorang". Begitulah lebih kurang ayat ibu sebab benda ni dah lama hheehehe. Jadi, mula2 je umat Islam Malaysia boikot, lama2 tu penuh jugak tempat2 tu. Lagi-lagi Starbucks. Uihh Umat Malaysia memang bangga betul pergi situ. Siap beli air ice blend dia yg popular tu, siap ambik gambar masuk instagram tu haa. Haihh aku mampu istighfar la bila nampak diaorang2 ni. Memang nampak sedap tapi nak buat mcm mana. Yahudi memang pandai buat benda yang merosakkan kita umat Islam ni. Ya Allah. Setakat aku tau dua tu Yahudi punya. Yang lain2 ntah apa lagi. Malaysia bukan tau pun. Aku pun tak tau sangat. Kejam la. Asal la Malaysia bagi masuk brg2 diaorang ni -.-

Tapi lepas dah boikot tu memang merana jugakla aku nak cari aiskrim mcm tu :( Aku dah mula laa membebel dalam hati 'kenapa la Malasyia ni takde otak nak buat aiskrim mcmtu.Kenapa sedih sangat. Ish apala, nanti biar aku bukak kedai aiskrim besar nanti.Hmm nama dia Num-Num!' HAHA! hambik kau sampai kesitu aku memikirkannya. Geram gila tau tak. Aku yang teringin mcm org pregnant ni yg over. Tapi serious! aku fikir sampai nak jadi businesswoman yg berjaya. Masuk suratkhabar semua tu sebab telah berjaya menaiktaraf Jenama Aiskrim Num-Num tu ke persada dunia sampai dekat mana2 korang boleh dapatkan aiksrim tu hekhek. Jauh gila aku berangan. Haha apa-apa je lah. Oh lupa nak bagitau. Jadi akhirnya kau dah jumpa aiskrim yg boleh hilangkan teringin tu. Korang nak tau? Aiksrim dekat IKEA. HAHAHAHAHA silalah gelak. Sedih gila. Dahla dekat situ je. Aku tak taula walaupun rasa asikrim tu mcm payau atu pahit la nak dikatakan. Tapi aku bayangkan je la mcm aiskrim vanilla Mcd tu -..- Sedih en? memang pun. Kalau baskin robin dia dlm cup atau ada flavour2 lain yg aku tak berkenan sangat. Aku nak kosong! Tutti frutti pulak org kata mcm aiskrim tapi aku tak pernah pergi. Selain aiskrim IKEA tu ada la kalau korang perasan dekat Mall yg taraf rendah mcm giant shah alam la contoh. Dekat food court dia ada gerai jual aiskrim dengan mesin aiskrim dalam cone yg size dia mcm kecik la jugak. Itupun not bad la rasa dia. Bolehla dari takde kan :) So problem solved.


Akudapatmakanharituwuwuwuw tapi duit sendiri heh.

Hah! This one also my fav gila. Kalau nampak dekat Mall jalan2 en mesti ckp dengan ibu sambil jeling2 gerai famos amous tu "Ibuuu,nak famous amos!". So ikut mood ibu la. Kalau ada duit dekat ibu, nanti dia beli. Ataupun nanti dia kata "Nanti eh,masa balik nanti ingatkan ibu". Aku pun rasa mcm yeayyy yeayy mcm nak lompat. Biskut dia ada coklat cair dalam mulut. Emm sedap gilaa wuu. Tapi ada la kadang2 ibu cakap "Ishh ibu boleh buat la biskut camni.Ibu ikut sebijik resipi famous amos ni. Ibu pergi beli resipi dia. Mahal tau tak. Dekat kedai tu berlambak. banyak Hanum. Tak payah nak membazir.. Lagi sedap haa. Rangup!" Aku pun mcm haaa tau la jawapan dia. Nak angkat2 saham haha. Tapi aku balas la "Alaa ibu, ibu punya tu tak sesedap biskut famous amos ni. Manada ada coklat cair dlm biskut tu. Rangup memang dah sedap tapi nak famos amous jugak sebab hanum suka biksut yg hitam tuu hehehehehehehehehe" Aku memang sengih tahap apa dah. Pastu ada la berbalas-balas cakap. Taknak kalah tapi last2 yg bestnya ibu beli jugak. Tapi ada jugak tak. Tu yg bengang haha. 

Aduhh penat aku bercerita. Asalnya niat nak let the pictures speak. Ni bukan apa. Kata-kata yang melebih. Gambar macam nak taknak wujud pun takpe. Tapi atleast, aku dah meluahkan, atau bercerita kisah lama2 untuk fresh balik otak ni eh tapi mcm tak perlu je nak refresh balik hm. Uh whatever la. Bai

Ehem! Aku bukan apa, tapi kan kalau tiba2 korang nak bagi something ke apa ke untuk aku yang sangattttt comellllll :* Takde lah comel mana pun. Hmm aku memang SUKA lah! Kalau korang nak bagi chocolate bar with nuts ke. Asalkan ada kacang. Lagi-lagi dalam kotak yang comel siap ribbon tu. Perghh aku bersyukur tau tak! Biskut famous amos ke. Hehehehehe over nya. Tapi Kadang2 aku suka je apa2 orang nak bagi. Alhamdulillah. Bukan apa. Kesempatan ni aku bagi la tau HAHA! ;)

1 comment:

  1. Blogwalking jap :) Ya allah sedapnya tengok. Craving grrr

    ReplyDelete

Klu nk Choki-choki komen dulu! :)

Followers